BRC 2024 – CHRIS INGRAM MENANG BUAT PERTAMA KALI BERSAMA TOYOTA GR YARIS RALLY2
Mantan juara ERC 2019 Chris Ingram menghidupkan kembali peluangnya dalam saingan Probite British Rally Championship (BRC) musim 2024 setelah berjaya memenangi perlumbaan Voyonic Grampian Forest Rally yang berlangsung hujung minggu baru ini.
Chris ngram yang memandu buat pertama kali jentera Toyota GR Yaris Rally2 dengan menggunakan tayar Michelin miliknya melalui sembilan peringkat dengan permukaan batu kerikil di Scotland yang sangat pantas.
Dan walaupun Chris Ingram hanya meraih satu kemenangan peringkat perlumbaan, namun ianya masih memadai untuk beliau mengekalkan pendahulu sekali gus memberikannya dan Juruarah Alex Kihurani kemenangan BRC kedua buat mereka musim ini setelah melakukannya dengan jentera lama Volkswagen GTi R5
Pendahulu awal rali Osian Pryce dan Rhodri Evans mempamerkan prestasi cemerlang bersama jentera Ford Fiesta Rally2 mereka, bangkit daripada kesilapan yang tidak biasa untuk mendapatkan tempat podium kedua Manakala pemenang Rally Jim Clark serta mantan juara BRC 2017, Keith Cronin dan Mikey Galvin melengkapkan podium ketiga juga bersama jentera Ford Fiesta Rally2 mereka yang dilengkapi dengan tayar Pirelli.
Perlumbaan Voyonic Grampian Forest Rally yang diadakan di utara Scotland dengan berpangkalan di Banchory diadakan sesudah setahun menjanjikan perlumbaan permukaan batu kerikil yang sangat pantas bagi menguji kemampuan dan keberanian pemandu ke tahap maksima untuk menuju ke garisan penamat.
Ketika tamat saingan hari pertama menyaksikan Osian Pryce mendahului diikuti rapat Chris Ingram dan juga Keith Cronin. Saingan hari kedua menampilkan sebahagian besar lagi perlumbaan dengan tujuh peringkat yang mencabar dan William Creighton yang merupakan pendahulu pungutan mata keseluruhan tidak membuang masa untuk cuba menebus masa yang hilang pada petang sebelumnya setelah mengalami tayar pancit.
Hasilnya William Creighton berjaya memenangi peringkat perlumbaan berturut akan tetapi kedudukan keseluruhan masih lagi menjadi pertarungan diantara Osian Pryce dan juga Chris Ingram.
Dua kemenangan peringkat daripada tiga baki perlumbaan menunjukkan rentak cemerlang daripada Osian Pryce, tetapi ia tidak mencukupi untuk mengekang Chris Ingram yang turut mempamerkan prestasi cemerlang bagi meraih kemenangan nombor dua dalam BRC musim ini dan memberikan Toyota GR Yaris Rally2, kemenangan sulung musim ini di BRC.
Kredit Foto : FB BRC
BACA : BRC 2024 – CHRIS INGRAM JUARA PEMBUKA TIRAI MUSIM 2024. APA PULA NASIB PROTON IRIZ RALLY2
BACA : BRC 2024 – KEITH CRONIN MUNCUL JUARA PERLUMBAAN KETIGA DI JIM CLARK RALLY