Artikel Pilihan

TAYAR ASAL DARI KILANG KERETA TAK SEMESTINYA BAGUS!!!

Selepas menggunakan kereta baru anda melebihi umur setahun dan jarak perjalanan melebihi 30,000km, maka anda akan perasan yang keadaan tayar kereta anda sudah tidak bagus sama seperti keadaan baru keluar dari pusat pameran kenderaan

Tayar sudah merekah sedikit, bunya tayar terkopek, bunyi bising, cengkaman sewaktu hujan kurang baik dan ia tidak lagi menawarkan kualiti pemanduan yang bagus sewaktu di permukaan jalan yang kering adalah beberapa tanda yang kereta anda sebenarnya memerlukan tayar yang baru

Malah anda akan perasan yang pusat servis turut menawarkan tayar baru yang dijual pada harga yang mahal sedikit untuk pelanggan dan mengatakan tayar yang paling bagus ialah tayar dicadangkan oleh pusat servis.

Sebenarnya sewaktu jenama, saiz dan jenis tayar dipilih semasa proses pembangunan, semua ciri-ciri yang diperlukan oleh kenderaan ditetapkan oleh pengeluar kenderaan, bukannya mementingkan kehendak pemandu yang menggunakan kereta setiap hari

Saluran Youtube Tyre Reviews, iaitu badan bebas yang menjalankan kajian terhadap semua jenis tayar di pasaran menerangkan bahawa pengeluar kenderaan akan memilih 5 kriteria utama sewaktu memilih tayar untuk kereta yang dihasilkan di kilang mereka.

Antaranya ialah kecekapan penggunaan bahan api atau tenaga, cengkaman pada permukaan jalan kering, kadar kebisingan dan juga kos pembelian. Bagi kereta elektrik, pengeluar kenderaan akan memilih tayar yang menghasilkan kadar seretan golek yang rendah, kecekapan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi, dan jarak perjalanan yang bagus disebabkan pihak berkuasa akan meletakkan angka tersebut pada risalah jualan.

Bagi pasaran Amerika, pengeluar juga akan menggunakan tayar yang menghasilkan cengkaman yang sangat bagus pada permukaan jalan yang kering, dan tayar yang sama akan digunakan untuk sesi ujian bersama pihak media bagi menggambarkan kenderaan yang dijual oleh mereka memiliki pengendalian yang bagus

Walaupun kriteria yang dipilih oleh pengeluar kenderaan ini adalah bagus, namun dalam 2 aspek yang lain seperti cengkaman pada permukaan jalan basah dan ketahanan tayar pada jangka masa yang panjang adalah tidak bagus.

Namun jika pengeluar perlu memilih semua aspek yang bagus semasa memilih tayar, kosnya akan menjadi lebih tinggi dan kos ini akhirnya akan ditanggung oleh pembeli. Video di bawah juga menerangkan bagaimana pengeluar memilih tayar yang sesuai untuk kenderaan keluaran mereka dan bagaimana anda boleh memilih tayar yang lebih baik untuk kenderaan anda.

Google ads
Back to top button