
BRIDGESTONE UJI POTENZA ADRENALIN RE005 UNTUK MEDIA ASIA PASIFIK
Bridgestone Asia Pacific memperkenalkan tayar sport premium terbaru mereka, BRIDGESTONE POTENZA Adrenalin RE005, dalam satu acara media bertajuk “Licence To Thrill” yang berlangsung di Thai Bridgestone Proving Ground, Ayutthaya.
Acara ini membolehkan media tempatan merasai sendiri prestasi tayar terbaru ini melalui sesi pemanduan di litar khas yang mensimulasikan pelbagai keadaan jalan sebenar. Dalam acara tersebut, Bridgestone memberikan penerangan terperinci mengenai ciri-ciri dan teknologi yang digunakan pada POTENZA Adrenalin RE005 sebelum media dijemput untuk mencuba prestasinya.
Pihak media berpeluang untuk menguji tayar ini dalam pelbagai senario, termasuk pemanduan di jalan kering yang memerlukan respon stereng yang pantas serta brek yang tepat, dan juga pemanduan di jalan basah di mana kestabilan dan cengkaman tayar diuji sepenuhnya.
Sesi ini memberikan gambaran jelas tentang kemampuan teknologi tayar Bridgestone dalam menyampaikan pengalaman pemanduan yang sporty, selamat, dan menyeronokkan.

Tayar POTENZA Adrenalin RE005 direka khas untuk pemandu yang mementingkan prestasi sporty tanpa mengorbankan keselamatan dan keselesaan. Ia menggunakan teknologi ENLITEN™ yang meningkatkan kecekapan bahan, memberikan daya tahan tayar yang lebih lama serta efisiensi bahan bakar yang lebih baik.
Selain itu, tayar ini juga sesuai digunakan pada pelbagai jenis kenderaan, termasuk kereta sport, kereta berprestasi tinggi, dan kenderaan elektrik (EV).
Dari segi rekabentuk, RE005 hadir dengan blok bunga dalam yang lebar dan Advanced Rain Pulse Groove untuk mengelakkan hydroplaning di jalan basah. Struktur Multi-Round Block (MRB) memberikan kestabilan tambahan dan mengurangkan kehausan bunga tayar.

Sementara itu, NanoPro-Tech™ rubber compound memastikan cengkaman yang optimum di permukaan basah dan kering, sambil mengurangkan bunyi dan mengekalkan rolling resistance rendah.
Tayar POTENZA Adrenalin RE005 kini telah tersedia dalam 41 saiz dari 15″ hingga 20″ bakal dilancarkan dalam masa terdekat untuk pasaran Malaysia
Dengan pelancaran ini, Bridgestone menekankan komitmen mereka untuk menyediakan tayar berprestasi tinggi yang menggabungkan teknologi terkini dengan keselamatan maksimum, memberi pengalaman pemanduan yang menyeronokkan tetapi tetap selamat bagi semua pengguna.

