Buletin

JERRY SEINFIELD DISAMAN KERANA JUAL PORSCHE FAKE BERNILAI RM6.1 JUTA

Pelawak terkenal yang juga collector tegar Porsche, Jerry Seinfeld dilapor telah disaman kerana didakwa menjual sebuah Porsche tidak tulen pada harga AS$1.5 juta (RM6.1 juta).

Syarikat yang membeli kereta itu daripada Seinfeld, Fica Frio Limited, memfailkan saman di sebuah mahkamah persekutuan di Manhattan dan menuntut ganti rugi yang tidak didedahkan jumlahnya.

Menurut saman tersebut, ia membayar sebanyak AS$1.5 juta untuk membeli sebuah Porsche 356A 1500 GS/GT Carrera Speedster tahun 1958 dalam satu acara lelongan di Florida. Tidak lama kemudian, Fica Frio mendapati kereta itu tidak tulen.

Kereta itu dikatakan salah satu daripada 56 unit uang dibina menggunakan panel aloi dan satu-satunya dicat dengan warna hijau.

Ia dikuasakan oleh enjin empat selinder dengan dua unit karburator Solex 40 PJJ-4 bersesaran 1.5 liter dan dipadankdan bersama kotak gearmanual empat kelajuan.

Keadaan diburukkan lagi apabila Seinfield didakwa sengaja tidak mendedahkan ketulenan kereta tersebut.

Pelawak itu dikatakan membeli kereta berkenaan daripada seorang pembeli yang membeli daripada broker yang tidak mempunyai banyak maklumat mengenainya.

Bimbang dengan perkembangan itu, Fica Frio membawa kereta ke sebuah pengedar terkenal Porsche dan mendapati ia tidak tulen.

Syarikat itu juga mendakwa Seinfield ada memohon maaf menerusi mel suara dan berjanji untuk membayar balik kerugian, tetapi ia tidak berlaku hingga ke hari ini.

Peguam Seinfield, Orin Snyder menyifatkan saman itu sebagai merepek.

“Jerry memberi kerjasama yang baik untuk menyelesaikan masalah ini. Dia ada meminta Fica Frio memberinya bukti, tetapi mereka tidak mengendahkannya. Kemudian, surat saman pula yang tiba,” kata Snyder kepada laman web TMZ.

Berdasarkan kepada laman web firma lelongan berkaitan, model klasik itu telah menjalani restorasi terbaik oleh European Collectibles. Kereta itu dijual lengkap bersama sijil ketulenan, Kardex, peralatan dan dokumen.

Google ads
Back to top button