Artikel Pilihan

RAKSAKSA MERCEDES BENZ C63 AMG W205 & KOS “MEMBELANYA”

Hari ini kita akan berkenalan bersama Mercedes Benz C63s. Bagi peminat model “sleeper”, model ini adalah salah satu model terbaik yang ada di pasaran.

Saingan utama model C63s ini pula adalah BMW M3, Alfa Romeo Giulia Quadrifoglio, Audi RS5, Jaguar XE SV Project 8 dan Lexus RC F. Tapi sekali sekala boleh lah nak menyakat barisan kenderaan eksotik yang wujud di PLUS highway.

Dilahirkan pada tahun 2014, kenderaan ini menyambung legasi C63 sebelumnya sebagai raksasa sport sedan di dalam industri automotif dunia. Cuma kali ini tiada lagi ngauman V8 Naturally Aspirated (NA) daripada enjin M156 bersesaran 6,208cc.

BACA: FAKTA PENJAGAAN SEBUAH A45 AMG

C63s telah menerima sebuah enjin M177 V8 bersesaran 3,982cc dan sepasang unit turbo daripada BorgWarner. Seperti biasa, kesemua enjin AMG dilahirkan di Affalterbach.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Enjin M177 ini bukan sahaja dipasang pada chassis Mercedes Benz sahaja, akan tetapi turut dikongsi bersama oleh Aston Martin Vantage dan DB11 V8. Hebat bukan ?

Disebabkan sesaran enjinnya telah berkurangan dari 6,208cc kepada 3,982cc, kereta ini sekarang boleh dikatakan mesra pengguna di Malaysia disebabkan faktor cukai jalan. Oh ya, enjin M177 ini mampu menghasilkan torque setinggi 700Nm seawal 1,750RPM ! Gila ! Kalau tidak penuh ilmu didada, jangan berani sebarangan tekan.

BACA: FAKTA PENJAGAAN RR EVOQUE

Kenderaan ini dilengkapi dengan Sistem Transmisi AMG SPEEDSHIFT MCT 7-Kelajuan. Sama seperti yang digunakan oleh model C63 W204, tetapi penambahbaikan dilakukan supaya penukaran gear dapat dilakukan dengan lebih pantas dan cekap.

Selain itu, ia juga mampu menampung Torque yang lebih tinggi yang dihasilkan oleh enjin M177 ini. Ianya masih sebuah Sistem Transmisi Automatik Konvensional yang menggunakan set Planetary Gear.

Cuma mekanisma penghantaran kuasanya bukan lah terdiri dari unit Torque Converter atau Dual Clutch, tetapi ianya dikenali sebagai “Wet Start-Off Clutch”

Bagi model 2019 pula, Sistem Transmisi ditukar kepada AMG SPEEDSHIFT MCT 9G. Ye Tuan-Tuan, 9 kelajuan Tuan-Tuan.

Tak perlu kata apa-apa dah.

BACA: FAKTA PENJAGAAN VW SCIROCCO

Walaupun mempunyai enjin dan sistem transmisi yang berkuasa, Mercedes akan tetap jadi Mercedes. Maknanya, aspek mewah itu tidak diabaikan. Mana tidaknya, jam analog yang terletak di papan pemuka dibekalkan oleh IWC. Mungkin jam yang diletakkan bukanlah dari siri Grande Compilation yang berharga RM950,000. Tetapi cukuplah kita tahu ini jenama Premium.

Adakah kenderaan ini sesuai dipakai di Malaysia ? Jawapan saya sesuai.

Jika anda merupakan seorang eksekutif atau bos muda, anda mementingkan aspek keselesaan dan juga kemewahan. Disamping mempunyai kaki yang berat dan telur yang besar, kenderaan ini adalah untuk anda.

ercayalah, belum ada lagi model AMG yang mengecewakan apatah lagi dari barisan angka 63.

Sedikit trivia berkenaan kenderaan ini :-

  • Dilahirkan pada tahun 2014
  • Dikenali juga dengan kod chassis W205
  • Mempunyai enjin bersesaran 3,982cc dengan kod M177 yang berkuasa 503hp dan Torque sebanyak 700Nm bagi model Pre-Facelift
  • Boost maksimum ditetapkan pada 1.2 bar
  • Direka oleh Mr. Robert Lesnik (Exterior) dan Mr. Michele Jauch-Paganetti (Interior)
  • Kenderaan ini dilengkapi dengan sistem transmisi 7-Speed AMG Speedshift MCT dan 9-Speed AMG Speedshift MCT bagi model 2019.
  • Piawaian Emisi adalah Euro 6

Cukup bab trivia, sekarang kita masuk bab penjagaan(Maintenance)

BACA: SEGALANYA TENTANG BREK ROTOR

🛠SERVIS

🔧Engine Oil Service Package
Kapasiti minyak engine bagi kenderaan ini berjumlah 9 Liter. Kelikatan yang disarankan pula adalah 5W-40 Fully Synthetic. Kosnya adalah dalam lingkungan RM1,200-RM1,600.

Macam mahal kan?. Memang mahal. Mungkin akan ada yang tanya, perlu ke pakai minyak mahal ? Terpulang pada pemilik sebenarnya. Nak pakai ibu segala minyak tu pon bolehhhhh. Hahaha. Buat penat je Mercedes Benz tetapkan spesifikasi minyak MB229.5 untuk enjin ini.

🔧Transmission Service Package
Model AMG Speedshift MCT ini merupakan Sistem Transmisi Automatik Konvensional. Jadi, komponen servis dan cara servis juga tak berapa rumit sebenarnya. Service Kit untuk model ini merangkumi :-
Fluid
Filter
Transmission Oil Pan Gasket
Drain Plug & Washer
Oil Pan Bolt
Guide Tube
Labour
Kos adalah dalam lingkungan RM1,700-RM2,200

BACA: MAZDA MPS, TYPE R!

🛠COMMON WEAR & TEAR PARTS

Memang Mercedes Benz terkenal dengan ketahanannya berbanding jenama pesaing. Namun apabila cerita tentang wear & tear parts, apa jenama pun tidak boleh lari daripadanya.

Baiklah, kita mulakan.

🔧Front Brake Pad
6 Piston Caliper ye Tuan-tuan. Jadi, saiz Caliper juga agak besar. Bila saiz Caliper besar, maka saiz Brake Pad juga besar. Bila besar harganya juga boleh tahan besar. Haha. Kos adalah dalam lingkungan RM1,300-RM1,600

🔧Rear Brake Pad
Belakang murah sikit. Sebab Floating Caliper. Kos dalam lingkungan RM1,100-RM1,300. Murah bukan ? Murah bagi mereka lah, bukan kita. Hahaha

🔧Brake Disc/Rotor
Rotor adalah satu benda yang akan habis. Sama juga seperti brake pad, cuma jangka hayatnya lebih lama dari pad. Bagi model C63S ini, unit rotor depan menggunakan jenis Floating 2-piece manakala belakang menggunakan jenis Vented 1-piece. Kos bagi menukar keempat-empat rotor adalah dalam lingkungan RM13,500-RM15,000.

BACA: FAKTA PENJAGAAN VW SCIROCCO

🔧Air Filter
Kenderaan ini mempunyai sepasang Air Filter. Sepasang bermakna dua unit. Harganya masih boleh dengar lagi. Dalam lingkungan RM250-RM500 sepasang. Relax lah, korang punya open pod lagi mahal. Hahaha.

🔧Aircond Filter
Dikenali juga sebagai Cabin Filter. Fungsinya menapis habuk dan udara kotor dari luar sebelum masuk ke dalam kabin. Sampai masa ianya akan kotor dan perlu ditukar. Kosnya dalam lingkungan RM180-RM300.

🔧Tayar
Saiznya adalah 245/35R19 bagi tayar depan dan 265/35R19 bagi tayar belakang. Harga cari sendiri.

🔧Wiper Blade
Biasalah ni. Apa kereta pun kalau dah bergegar ketika beroperasi memang menyakitkan hati. Jadi, harga bagi sepasang Wiper Blade orikereta dalam lingkungan RM180-RM280

🔧Belt
Belt ini menghubungkan kuasa dari enjin untuk memacu unit alternator. Kos untuk menukar belt ini dalam lingkungan RM120-RM180. Berpatutan bukan ?

🔧Spark Plug
Model ini mempunyai 8 silinder, jadi 8 biji spark plug yang diperlukan. Kos adalah dalam lingkungan RM1,100-RM1,400

🔧Ignition Coil
Ignition Coil boleh gagal pada bila-bila masa tak kira tempat. Jika masalah ini berlaku, kerugian yang dianggarkan adalah sekitar RM900-RM1,200 seunit. Seunit ye, bukan kesemuanya sekali.

🔧Engine Mounting
Engine Mounting ini secara ringkasnya berfungsi untuk menyerap gegaran yang terhasil dari enjin sebelum sampai ke chassis. Ia juga berfungsi untuk memegang/menyokong enjin.

Jika rosak, akan terasa jelas lah gegaran ketika anda berada di dalam kabin. Kenderaan ini mempunyai dua unit Engine Mounting. Setiap satu unit akan menyebabkan anda kerugian dalam lingkungan RM5,500. Satu unit ye. Kalikan je lah dengan dua.

🔧Thermostat & Waterpump
Waterpump bagi kenderaan ini bersambung terus dengan thermostat housing. Kemudian, disokong pula dengan 2 unit Auxiliary Waterpump.

Jika Thermostat Hosing kebiasannya pecah atau retak lalu menyebabkan coolant bocor. Bagi Auxiliary Waterpump pula, kebiasannya adalah Electrical Faulty dimana unit ini dijana oleh kuasa elektrik dan bukannya mekanikal.

Bagi unit Waterpump dan Thermostat kerugian dijangkakan adalah sekitar RM3,800-RM4,500 dan unit Auxiliary Waterpump pula sekitar RM1,800-RM3,000 sepasang.

🔧Radiator
Kereta ini mempunyai 3 radiator atau dikenali juga sebagai Heat Exchanger. Memandangkan kenderaan ini masih baru mungkin belum ada masalah tersumbat. Akan tetapi, kebarangkalian untuk bocor itu masih ada. Harga bagi setiap unit tak jauh beza iaitu sekita RM1,800-3,500.

🔧Aircond Compressor
Aircond Compressor merupakan komponen penting di dalam sistem penghawa dingin kenderaan. Akan tetapi, cop mohor AMG tidak menyatakan bahawa ianya kalis rosak. Jika komponen ini rosak harganya adalah dalam lingkungan RM7,000-RM8,000.

BACA: FAKTA PENJAGAAN NISSAN GT-R

🔧Alternator
3 Phase Alternator. Belum ada kes lagi, sebab kereta masih baru. Tapi kalau nak jadi, malang tak berbau. Lagi-lagi kereta sekarang banyak komponen elektronik. Kos adalah dalam lingkungan RM8,000-RM9,000.

🔧Starter Motor
Ini juga merupakan kes terpencil. Tapi tidak salah untuk kita ambil tahu. Kos bagi seunit Starter Motor adalah dalam lingkungan RM1,800.

Kesimpulannya, kenderaan berjenama mewah dan berkuasa tinggi datang sekali dengan harga yang tinggi. Bukan sahaja pada harga unit kenderaan itu sendiri, akan tetapi kos untuk menjaga dan membaikpulihnya juga. Jikalau ada yang sangsi dengan kualitinya, terimalah hakikat bahawa tiada ciptaan manusia yang sempurna.

Jadi, ini adalah sedikit sebanyak perkara yang saya boleh kongsikan kepada tuan tuan dan puan puan sekalian. Nasihat saya, sebelum membeli kenderaan terpakai, buatlah dulu Pre-Purchase Inspection tak kira apa jenis kenderaan pun.

Ini untuk mengelakkan tuan-tuan melaburkan lebih banyak duit kepada perkara yang tidak perlu di kemudian hari. Jika wear & tear parts yang dinyatakan diatas masih elok, tidak perlulah ditukar dahulu.

Harga yang diberikan adalah “average”. Jangan melenting jika dikenakan harga yang mahal di bengkel berdekatan anda kerana harga adalah berbeza bagi setiap kawasan. Tapi jika terlalu mahal dikenakan kepada anda, rajin rajin lah buat research ya. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Tags
Google ads
Back to top button