Buletin

BEKAS KETUA BMW M AMERIKA SYARIKAT SERTAI HYUNDAI – 30 TAHUN KERJA DENGAN BMW

Hendak jadi syarikat hebat kena ada staf yang hebat. Bila sudah berjaya dan berkemampuan lebih baik duit yang ada dilaburkan bagi mendapatkan staf berkualiti agar syarikat terus maju ke hadapan.

Ini lah yang dipraktiskan oleh Hyundai Motor Company dengan melantik sejumlah pakar yang terbukti handal ke dalam organisasi mereka.  

Hyundai sebenarnya telah memasuki satu segmen baharu dalam bisnes automotif dengan menubuhkan Bahagian Kenderaan Berprestasi Tinggi dan Permotoran. Bahagian ini ditubuhkan bagi memajukan lagi bisnes kenderaan berprestasi tinggi dan sukan permotoran Hyundai.

Bagi menggalas operasi bahagian baharu tersebut, Hyundai telah melantik Thomas Schemera yang sebelum ini adalah Ketua BMW M dan BMW Individual di Amerika Syarikat.

Bahagian Kenderaan Berprestasi Tinggi dan Permotoran Hyundai baru sahaja dilancarkan pada bulan ini.

Di antara tugas yang diberikan ialah untuk menyeragamkan strategi Hyundai, perancangan produk, keupayaan dan kemampuan jualan dan pemasaran untuk kenderaan beprestasi tinggi lebuh raya.

Selain itu, bahagian ini juga diftugaskan untuk memaksimumkan sinergi di antara ibu pejabat dengan Hyundai Motorsport GmBH agar dapat terus membangunkan bisnes kenderaan beprestasi.

Maknanya benda yang serius semakin bertambah serius dan Hyundai bersungguh dalam membangunkan kenderaan berprestasi dan sukan permotoran. 

Hyundai memulakan langkah dalam bidang kenderaan berprestasi pada tahun 2012. Tahun lalu menyaksikan Hyundai melancarkan siri kenderaan berprestasi N dengan memasarkan 130 N dan kemudian pada tahun ini memperkenalkan pula Veloster N.

Thomas Schemera ini bukan calang-calang individu. Beliau berusia 55 tahun dan merupakan graduan dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Munich University of Applied Science.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Rekabentuk di BMW pada tahun 1987 dan memang setia di BMW memegang pelbagai jawatan. Paling bernilai apabila beliau berjaya menaikkan jualan BMW dan BMW M sehingga empat kali ganda dari tahun 2005 hingga 2008. 

Jawatan terakhir beliau ialah di Amerika Syarikat sebagai Ketua BMW M dan BMW Individual. Bayangkan 30 tahun kerja di BMW dan BMW M kemudian berkhidmat dengan Hyundai pula jaga bahagian prestasi dan permotoran.

Hebat, seorang lagi tokoh hebat ialah Albert Biermann yang juga bekas orang kuat BMW M, beliau sekarang adalah Presiden dan Ketua Pembangunan Prestasi dan Pembangunan Kenderaan Berprestasi Tinggi di Hyundai Motor Group.

Biografi Thomas Schemera

  • 2015 ~ 2018 : Ketua BMW M, BMW Individual AS
  • 2009 ~ 2014 : Naib Presiden Jualan, Pemasaran dan Pengalaman Pemanduan BMW M / Jerman
  • 2005 ~ 2008 : Naib Presiden Jualan, Pembangunan Pengedar BMW / China
  • 1987 ~ 2007 : Pelbagai jawatan di BMW Group
  • 1987 : Memulakan kerjaya di BMW sebagai Jurutera Rekabentuk (Designing Engineer) 
Google ads
Back to top button