Buletin

MERCEDES-AMG PETRONAS MOTORSPORTS BERSEDIA PERTAHAN KEJUARAAN DENGAN W09

Sesungguhnya pasukan Mercedes-AMG Petronas Motorsport ini amatlah dicemburi oleh setiap pasukan yang bertanding setelah dominasi Lewis Hamilton serta kejayaan kategori Pembuat dalam saingan F1 semenjak tahun 2014 lagi. Dan dengan pelancaran jentera terbaharu W09 ini sudah tentulah banyak mata yang memerhati dengan sedikit rasa iri.

BACA : JENTERA F1 LEWIS HAMILTON UNTUK DIJUAL

BACA : NICO ROSBERG RAKAM SELFIE TERAKHIR DALAM JENTERA MERCEDES F1 W07 SEBELUM BERSARA

Jentera W09 ini atau nama penuhnya F1 W09 EQ Power+ yang menggantikan W08 yang telah dipertontonkan buat pertama kali di Silverstone minggu sudah oleh Lewis Hamilton dan rakan sepasukan Valtteri Bottas. Turut hadir adalah Prinsipal Pasukan, Toto Wolff.

Jentera yang baharu ini sama seperti milik pasukan yang lain turut dilengkapi dengan pelindung Halo. Akan tetapi Toto Wolff jelas tidak begitu gembira dengan perkara itu dengan menggelarkannya sebagai sesuatu yang hodoh. Reaksi yang agak keterlaluan barangkali. Sedangkan Vottas dan Hamilton biasa-biasa sahaja.

Tahukah anda bahawa Halo yang diperbuat daripada Titanium mempunyai berat 12kg. Iya, memang berat. Dan dengan seberat itu Halo tersebut mampu menahan beban sehingga 12tan atau bersamaan berat dengan sebuah bas Rapid dua tingkat! Kos bagi sebuah Halo ini bukannya murah ya adik kakak. Kira-kira £10 Juta (RM53,965,964.00)

Walau bagaimanapun, Wolff tetap mengharapkan jentera baharu W09 ini lebih konsisten dalam mengekang pesaing utama mereka daripada Ferrari. Apatah lagi kini, untuk musim 2018 setiap pemandu dihadkan penggunaan tiga buah enjin sahaja berbanding empat musim lalu.

Dan untuk memastikan W09 ini mampu meraih kejayaan ini, beberapa perubahan ketara jelas kelihatan pada jentera ini. Aerodinamik jentera baharu ini telah diperbaiki dengan bahagian hadapan lebih rendah manakala bahagian belakang lebih tinggi. Lagi senang nak potong angin orang kata.

Menurut Hamilton, beliau berpuas hati dengan jentera baharu ini setelah beberapa perkara diperhalusi hasil daripada warisan DNA W08 sebelum ini. Iyalah, jentera dah terbaik, cuma kena tambah sikit-sikit bagi lebih terbaik.

Tetapi disebalik isu pelancaran jentera baharu ini, terdapat persoalan tentang masa hadapan Hamilton. Kontraknya bakal habis penghubung tahun ini. Tapi kalau tengok gaya Hamilton nampak macam bakal menyambung kontrak lagi dengan Mercedes.

Bila dah selesa dengan rumah lama, buat apa nak pindah dengan rumah baharu, iya tak?

Google ads
Back to top button