Buletin

BMW M2 COUPE – RM498,800

BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan sports Coupé premium berprestasi tinggi, BMW M2 Coupé pada acara pertandingan tenis profesional paling berprestij di Malaysia, BMW Malaysia Open 2016.

batch_BMW-M2-Coupe-mekanika-3

BMW M2 Coupé baharu daripada BMW M GmbH ini dilihat akan meneruskan tradisi menerusi kombinasi dinamik, reka bentuk dan prestasi luar biasa jentera M.

“BMW M2 Coupé baharu ialah sebuah kereta yang sangat istimewa. Ia dihasilkan dalam jumlah yang terhad di seluruh dunia. Jadi, kita sangat bertuah kerana diperuntukkan beberapa unit untuk pasaran Malaysia sempena sambutan Ulang Tahun ke-100 BMW Group,” kata Ketua Jualan BMW Group Malaysia, Raymond Tan.

batch_BMW-M2-Coupe-mekanika-7

BMW M2 Coupé baharu hadir bersama rekaan yang mengambarkan aspek dinamiknya. Unjuran hadapan yang pendek, bonet, tapak roda panjang, bingkai tingkap belakang klasik BMW Hofmeister dan elemen reka bentuk signatur M.

Jentera ini dikuasakan oleh enjin tiger liter enam silinder sebaris dengan teknologi M TwinPower Turbo. Selain pengecas turbo TwinScroll, High Precision Injection, kawalan aci sesondol Double-VANOS dan kawalan injap boleh ubah Valvetronic.

batch_BMW-M2-Coupe-mekanika-10

Ia mampu menjana kuasa mencecah 370hp dan tork 465Nm serta tork maksimum 500Nm dalam tempoh singkat menggunakan fungsi overboost. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear klac berkembar M tujuh kelajuan bersama Drivelogic dan fungsi Launch Control.

BMW M2 Coupé mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa hanya 4.3 saat. Biarpun begitu, coupe berprestasi tinggi ini mencatatkan penggunaan minyak cuma 7.9l/100km dan emisi CO² sekitar 185 g/km.

batch_BMW-M2-Coupe-mekanika-2

Gandar hadapan dan belakang menampilkan rekaan aluminium ringan yang diambil daripada model BMW M3 dan BMW M4.

Satu lagi faktor yang mengurangkan berat kenderaan ialah rim tempaan aluminium bersaiz 19 inci. Selain stereng M Servotronic dengan dua talaan dan brek kompaun M yang cukup efektif.

batch_BMW-M2-Coupe-mekanika-9

Komponen spesifik M lain yang turut memainkan peranan penting dari segi dinamik ialah Active M Differential yang dikawal secara elektronik. Ia mengoptimumkan cengkaman dan kestabilan ketika mengubah haluan.

Sementara Dynamic Mode M dengan sistem Dynamic Stability Control pula menawarkan keseronokan pemanduan dengan membenarkan tayar untuk melakukan drift secara terkawal di atas trek.

batch_BMW-M2-Coupe-mekanika-4

Sebaik sahaja masuk ke dalam BMW M2 Coupé baharu, pemandu dan penumpang akan disambut oleh rekaan ruang dalaman yang berorientasikan kepada pemandu,

Ruang itu disempurnakan lagi dengan pelbagai ciri spesifik M. Tempat duduk sports dibalut kulit dan bahagian sisinya boleh dilaras. Perehat kaki M dan sokongan lutut pada konsol tengah, stereng sports M dan tuil gear M memastikan pemandu BMW M2 Coupé baharu dapat mengawal kenderaan dengan baik sepanjang masa.

batch_BMW-M2-Coupe-mekanika-6

Kemasan pintu dan tuil gear dibalut dengan upsholteri Alantara. Manakala kemasan dengan permukaan karbon jelas mencipta embien yang meningkatkan lagi kualitinya.

Aspek sporty jentera ini diserlahkan lagi melalui kemasan sil pintu, tombol gear, stereng dan kaunter rev yang dilekatkan dengan logo M. Tidak ketinggalan, kluster instrumen M dengan speedometer mencecah 300km/j dan meter rev sehingga 8,000rpm.

batch_BMW-M2-Coupe-mekanika-11

Berminat? BMW M2 Coupé boleh menjadi milik anda pada harga RM498,800 seunit. Kena cepat, sebab jumlahnya adalah terhad.

Google ads
Back to top button