Buletin

MERCEDES-BENZ CITY STORE TREC AUTOHAUS DIBUKA

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedar sahnya, Cycle & Carriage Bintang Berhad (CCB) hari ini melancarkan Mercedes-Benz City Store TREC Autohaus. 

batch_Mercedes-Benz-City-Store-TREC-Autohaus-mekanika

Terletak di hub gaya hidup dan hiburan di TREC Kuala Lumpur, ia merupakan pusat jualan automotif yang pertama seumpamanya di Malaysia.

“Memandangkan kami meraikan sambutan Inovasi 130 Tahun Mercedes-Benz, jadi Mercedes-Benz City Store pastinya dapat menawarkan konsep dan pengalaman baru kepada para pelanggan,” kata Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Mark Raine.

Memiliki keluasan 9,373 kaki persegi TREC Autohaus boleh menempatkan sehingga tujuh buah kenderaan pada satu-satu masa. Diuruskan oleh 16 orang kakitangan jualan, ia merupakan Autohaus terbaharu dalam rangkaian CCB.

TREC Autohaus melibatkan pelaburan berjumlah RM4.3 juta. Antara ciri yang ada di sana ialah lounge iShowroom serta rekaan dalaman yang moden.

Google ads
Back to top button