Artikel PilihanBuletin

FAST & FURIOUS – PAUL WALKER MUNCUL LAGI DALAM FAST 8

Nampaknya walaupun sudah lama meninggalkan kita, nama Paul Walker masih lagi bernilai untuk melariskan filem. Mana lagi nak dapat hero yang muka bersih, cekap dan amanah tetapi mempunyai skil memandu yang baik.

Gabungan beliau dengan  Vin Diesel yang sado, pemarah tapi penyayang memang cukup kenalah. Paul dah berlakon dalam banyak cerita antaranya ialah Into The Blue bergandingan dengan Jessica Alba. Memang silap besarlah sebab bila ada Jessica Alba penonton mana nak peduli dengan hero lagi.

Selepas Paul meninggal dunia dalam kemalangan tahun 2013, ramai menyangka yang produk The Fast and The Furious akan turut berkubur. Terbukti apa yang berlaku adalah sebaliknya. FF7 bukan sahaja mencatatkan box-office tetapi juga menjadi antara sekuel FF yang paling laris. Ini juga filem yang kami pilih dalam senarai filem terbaik.

fast n furios paul walker (5)

Kemajuan teknolgi senimatografi terkini telah membolehkan filem ini diteruskan dan watak Paul dilakonkan oleh adik-adik beliau iaitu Caleb dan Cody Walker. Mereka bergilir-gilir meminjamkan wajah dan suara mereka untuk watak Brian O’Conner lakonan Paul sebelum ini.

Menurut laporan Entertainment Tonight, selepas tujuh tahun kematian Paul, Caleb dan Cody sekali lagi dilaporkan yang watak Brian O’Conner sekali lagi akan muncul dalam sekuel filem itu yang bakal dinamakan Fast 8.

Laporan itu turut mengatakan walau ada perbalahan antara satu lagi watak utama francais filem FF, Vin Diesel dan juga Dwayne ‘The Rock’ Johnson, ia tidak lebih dari gimik pergaduhan ala World Wrestling Federation (WWF). Caleb dan Cody menyatakan yang Vin seolah-olah seperti bapa angkat mereka.

fast n furios paul walker (1)

Walaupun Fast and Furious 7 sudah seakan-akan episod perpisahan mereka dengan watak Paul, Vin, Caleb dan Cody sudah merancang untuk membawa watak Paul kembali. Vin mahu membawa masuk watak Paul kembali agar para peminat tidak akan melupakan sahabat baik beliau itu. (Siapa kata filem Melayu sahaja  dah habis modal, Hollywood pun sama bang.)

Walaupun kemungkinan watak Paul dihidupkan dalam Fast 8 tetapi ia cuma secara cameo sahaja dan bukannya sebagai watak utama seperti sebelum ini. Fast 8 juga dijadualkan untuk tayangan pada bulan April tahun hadapan.

Macam biasa, filem aksi kereta seumpama  ini tidak dapat lari dengan adegan stunt dan kejar-mengejar sepanjang jalan cerita. Dan sebagai peminat kereta semestinya kami akan menonton dan memberi ulasan walaupun jalan cerita itu ke laut. Harap-harap takdelah sampai ke laut. Setakat hanyut sikit-sikit biasalah.

fast n furios paul walker (2)

Sebelum ini Vin juga menyatakan banyak lagi sekuel filem ini yang akan menyusul seperti Fast and Furious 9 pada 19 April 2019, dan Fast and Furious 10 pada 2 April 2021. Satu perancangan yang cukup optimistik dan mendahului masa. Berbezakan dengan drama-drama kita? Produser A buat cerita Cinta Bai Roti, minggu depan produser B terus buat cerita Kekasihku Tauke Karipap Cheese.

Fast 8 juga menampilkan 2 watak wanita baru yang akan dilakonkan oleh Charlize Theron dan Helen Mirren. Tetapi kekuatan francais FF ini sebenarnya bukan hanya pada barisan pelakon yang kacak dan seksi tetapi pada model-model kereta yang ditampilkan.

fast n furios paul walker (3)

Jika anda perhatikan setiap siri FF memaparkan senario dunia automotif yang berbeza. The Fast and The Furious pertama dan kedua menampilkan senario modifikasi kereta-kereta Jepun yang cukup digilai pada waktu itu. Siri ketiga yang dinamakan Tokyo Drift pula menampilkan elemen drift yang berkembang dengan pesat pada ketika itu tetapi kini sudah agak tepu. Kemudiannya lokasi cerita bertambah begitu juga dengan model-model kereta dah akhirnya berkembang kepada model-model supercar.

Apapun yang pasti kami sudah menambah satu lagi filem dalam senarai wajib tengok tahun depan. Adakah Charlize Theron akan mencilok dengan Mini Cooper S sekali lagi seperti filem The Italian Job? Sama-sama kita saksikan. Adakah akan ada pelakon seiras Abang Japar? Sama-sama kita saksikan.

 

 

Google ads
Back to top button