Buletin

HONDA BR-V : CROSSOVER 7 TEMPAT DUDUK BAKAL DILANCARKAN TAHUN DEPAN

Ini adalah Honda BR-V, SUV 7 tempat duduk (atau kami lebih suka gelarnya crossover) yang memenuhi keperluan kenderaan bagi pasaran Asia Tenggara. Ia dibangunkan daripada model Honda Mobilio dan berkongsi platform bersama Brio dan Amaze (sedan kecil macam Bezza).

Honda Malaysia hari ini mampamerkan BR-V di pameran Malaysia Motorshow anjuran MAI (Malaysia Automotive Institue) yang sedang berlangsung di MINES, Sri Kembangan. Pameran ini bermula pada hari ini hingga 13hb (Ahad) nanti.

honda-brv-preview-2016-mekanika-3

BR-V sudah pasti menjadi salah satu daya tarikan kepada pengunjung. Pasaran MPV memang sentiasa menjadi populasi penting bagi negara Asia Tenggara seperti Indonesia dan Thailand, malah kenderaan ini dibangunkan oleh Honda Research and Development (R&D) Asia Pacific Co. Ltd. (HRAP), Thailand dan PT. Honda R&D Indonesia.

BR-V yang bermaksud “Bold Run-about Vehicle” dikuasakan oleh enjin SOHC 1.5 liter i-VTEC sama seperti Honda City dan Honda Jazz dengan transmisi CVT. Ia mengekstrak 120 kuasa kuda dan tork 145 Nm. Ia juga turut mendapat skor 5 bintang dalam ujian ASEAN NCAP.

PANDU UJI : HONDA HRV

HONDA W-RV DILANCARKAN DI BRAZIL

HONDA CITY HATCHBACK UNTUK CHINA

Jelas, segmen kenderaan tempat duduk “asas” masih lagi merupakan pasaran penting, apatah lagi buat Honda Malaysia yang kini fokus untuk mendapatkan pembeli yang bakal bersaing dengan model sedia ada seperti Nissan Grand Livina, Toyota Avanza dan akan datang Proton Ertiga.

honda-brv-preview-2016-mekanika-8

Kenapa bersaing dengan MPV? Sebab konfigurasi 7 tempat duduk tadi. Namun BR-V lebih tinggi, nampak rugged dengan kemasan sebuah SUV seperti arch roda, kedudukan titik graviti yang sedikit tinggi dan bampar 2 tona ala SUV.

Berapakah harganya? Di Indonesia, varian CVT dijual pada harga 248,100 rupiah atau tukaran terus RM80,000. Kami menjangkakan Honda Malaysia akan meletakkan harga dalam lingkungan RM85,000 hingga RM95,000 bergantung kepada varian.

Itupun kami rasa lah.

Anda rasa macamana?

Google ads
Back to top button