Artikel Pilihan

TOYOTA CROWN SPORT DIPERKENALKAN DI JEPUN – EH, INI TOYOTA KE FERRARI BANG?

Kalau ada niat nak memiliki Ferrari Purosangue tapi kemampuan kurang (macam kami juga), ini mungkin satu pilihan yang baik. Itu pun kalau dibawa masuk ke Malaysia. Ini ialah Toyota Crown Sport. Varian terbaru Toyota Crown yang menawarkan pemanduan dinamik tetapi masih mengekalkan keselesaan yang seharusnya ada pada model-model Crown.

Dilihat pada rekaannya, Crown Sports ini memang lawa habis dengan garisan badan yang cukup licin dari hadapan ke belakang. Rekaan crossover memang cukup popular dan tidak mustahil ada yang akan menyangka ini sebuah Ferrari Purosangue. Kena tengok dekat-dekat baru tahu yang ini adalah sebuah Toyota.

Dahlah rekaan badan cukup lawa, ia kemudian diserikan lagi dengan penggunaan rim-rim standard bersaiz 21 inci. Ya 21 inci tuan-tuan dan ngam-ngam je memenuhkan terus ruangan arca roda. Tak nampak macam Purosangue lagi ke?

Berbeza dengan model-model Toyota untuk golongan M40 ke bawah (jangan marah deh), Crown Sport menawarkan 11 pilihan kemasan dalaman. Jadi tak adalah nampak dalaman yang berwarna hitam ataupun kelabu sepenuhnya.

Hanya satu varian Crown Sport ditawarkan sekarang dan ia dinamakan ‘Sport Z’. Ia dibekalkan dengan enjin 4 selinder 2.5 liter hibrid dengan kuasa maksima 231 hp. Bukan enjin yang paling berkuasa di dunia tetapi lebih dari mencukupi untuk kegunaan seharian dan memberikan pecutan yang diperlukan.

Kuasa dihantar kepada kesemua roda menggunakan sistem pacuan e-four Toyota.

Kemewahan pada kereta ini mungkin menyebabkan ramai menyangka ia sebuah Lexus ataupun model Century. Kerangka badan diperkuatkan dan dikimpal menggunakan kimpalan skru laser supaya lebih kukuh dan selamat.

Dynamin Rear Steering memastikan Crown Sport cukup lincah pada kelajuan rendah dan kekal stabil pada kelajuan tinggi. Dah namanya kereta mewah tak payah cerita la tetapan sistem suspensinya. Stabil tapi masih selesa untuk pemandu dan jga penumpang.

Toyota memastikan kabin dalaman Crown Sport ini cukup senyap dengan penggunaan material tebatan bunyi di tempat-tempat yang strategic. Bunyi angina pun tak dengar bro. jadi korang tak payah order getah-getah pintu yang mengarut dari Sopi Motosport yang kononnya memberikan hasil yang berbeza.

Bahkan rekaan “articulating ceiling” memastikan suara penumpang dibiaskan supaya lebih mudah didengar oleh rakan-rakan mereka. Matilanak kalau bawa acik-acik bawang naik kereta ni.

Semua paparan dan kawalan memang kelihatan high-end. Bukan macam model-model Toyota yang digunakan untuk e-hailing. Senang cerita kalau banyak duit baik beli la kereta ni. Nak nampak lagi mewah pesan je logo kuda hitam kuning dari Bang Sopi.

Google ads
Back to top button