Buletin

HONDA CR-V CATAT JUALAN LEBIH 11.3K UNIT. VARIAN HIBRID MAKIN LARIS, SUMBANG 20%

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa model utamanya, CR-V generasi keenam sudah mencatat jualan lebih 11,300 unit. Sekali gus menjadikan SUV tersebut mampu menguasai 36 peratus pasaran dalam segmen berkenaan. 

“Sejak dilancarkan pada Disember 2023, CR-V nyata diterima baik oleh para pengguna. Ini boleh dilihat pada pertumbuhan dari tahun ke tahun (YoY) sebanyak 40 peratus. CR-V merupakan model ketiga paling laris yang ditawarkan oleh Honda Malaysia bagi tahun 2024. 

“Pengenalan varian 2.0L e:HEV RS juga melangkaui ekspektasi kami apabila menyumbang sebanyak 20% kepada jualan keseluruhan CR-V. Ia juga menguasai perkongsian pasaran sebanyak 87 peratus.

“Ini membuktikan penerimaan positif terhadap teknologi hibrid Honda, walaupun dalam pasaran yang begitu sengit. Manakala varian E menjadi pilihan pengguna apabila menyumbang sebanyak 40 peratus jualan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Ekskutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura. 

Varian hibrid dikuasakan oleh rangkaian enjin  2.0L e:HEV yang mampu menjana 184PS dan tork setinggi 335Nm. Ia bukan sekadar berkuasa, malah menawarkan penjimatan bahan api yang mengagumkan. 

CR-V turut hadir dengan enjin turbo  1.5L VTEC berkuasa 193PS dan tork mencecah 243Nm. Bagi memberikan kestabilan ketika memandu dia atas apa jua permukaan jalan, varian V dilengkapi pacuan semua roda (AWD). 

Jika berminat, jentera berkenaan didatangkan dalam empat varian dan ditawarkan pada harga bermula RM159,000 seunit. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
"
"
Back to top button