Buletin

KIA NO 1 – INDEKS KUALITI JD POWER

Ini mungkin berita yang mengejutkan dalam industri automotif. Baru-baru ini, JD Power & Associates di Amerika Syarikat telah mengeluarkan senarai kaji selidik terbaru indeks kualiti kenderaan.

DSC00994

Senarai itu menyaksikan jenama KIA mendahui senarai teratas. Ia sukar dipercayai kerana dalam tempoh 30 tahun ini hanya Toyota sahaja yang pernah mendapat tempat pertama iaitu pada tahun 1989.

Kajian Indeks Kualiti (IQS) ini merupakan antara senarai yang berprestij dalam industri automotif. Ia mengukur tahap kualiti dengan mengambil contoh 100 unit kenderaan bersama pemilik mereka.

KIA SPORTAGE SERBA BAHARU

Dalam keputusan terbaru ini, KIA mencatat hanya 83 kerosakan dari 100 kenderaan yang dikaji. Di tangga kedua ialah Porsche dengan catatan 84. Kemudian Hyundai 92, Toyota 93 dan BMW 94 kenderaan. (sila rujuk senarai penuh di bawah).

KIA yang menduduki tangga ke 18 pada 2012 menunjukkan peningkatan memberansangkan apabila berada di tangga kedua pada keputusan IQS tahun lepas dengan 86 kerosakan.

Kia-Sedona-Carnival-2015-Mekanika (15)

Di Amerika Syarikat, keputusan sebegini sangat membantu mempengaruhi pasaran kerana reputasi kaji selidik yang dijalankan oleh pihak ketiga dengan responden di lapangan yang dipilih secara rawak.

Kajian ini melibatkan lebih 80,000 responden dengan kenderaan yang didaftarkan pada 2016. Data mula dikumpul sejak Februari hingga Mei lalu. Dalam tempoh 90 hari, semua maklumat ini dianalisis dan keputusan dibuat berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

Kia-Soul-EV-Mekanika (4)

Kedudukan  jenama                      Bil kereta bermasalah bagi setiap 100 unit

 

1

Kia 83
2 Porsche 84
3 Hyundai 92
4 Toyota 93
5 BMW 94
6 Chevrolet 95
7 Buick 96
8 Lexus 96
9 Lincoln 96
10 Nissan 101
11 Ford 102
12 GMC 103
13 Infiniti 103
14 Volkswagen 104
Industry Average 105
15 Audi 110
16 Mercedes-Benz 111
17 Cadillac 112
18 Jeep 113
19 Ram 114
20 Chrysler 115
21 Mitsubishi 116
22 Dodge 117
23 Subaru 118
24 Honda 119
25 Acura 122
26 Scion 123
27 Jaguar 127
28 Mazda 127
29 Mini 127
30 Land Rover 132
31 Volvo 152
32 Fiat 174
33 Smart 216

 

Google ads
Back to top button