Buletin

RAKAM FOTO DENGAN MAZDA MX-5 DI MALAYSIA AUTOSHOW 2025, MENANG HADIAH MENARIK!

Bermaz Auto Berhad mengumumkan penyertaannya dalam edisi kelapan Malaysia Autoshow 2025 yang dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii). Acara itu akan berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dari 9 hingga 15 Mei 2025. 

Di bawah kumpulan Bermaz Auto (BAuto), jenama Mazda akan menampilkan pelbagai model menarik, termasuklah:

  • Mazda MX-5 Edisi Ulang Tahun ke-35
  • Pratonton Eksklusif Mazda CX-60 dan Mazda3 Concept

Jenama Kia juga akan mempamerkan beberapa model terkini seperti:

  • Kia Sportage
  • SUV elektrik Kia EV9
  • Kia Carnival

Para pengunjung juga berpeluang merasai sendiri pengalaman memandu uji pandu model-model Mazda dan Kia. Antara model yang tersedia untuk uji pandu termasuk ialah Mazda3, Mazda CX-30, Kia Sportage dan Kia Carnival. 

Bukan itu sahaja, Mazda turut menganjurkan Peraduan Foto Mazda MX-5 eksklusif dari 9 hingga 15 Mei 2025. Peserta berpeluang memenangi barangan menarik dengan mempamerkan foto terbaik mereka bersama Mazda MX-5. Peraduan ini hanya tersedia di Pameran Kenderaan Bermaz semasa Malaysia Autoshow 2025.

Google ads
Back to top button