Buletin

NISSAN LEAF EMAS UNTUK ATLIT PARALIMPIK RIO BRITAIN

Atlit Paralimpik kita sangat menyerlah pada temasya Rio yang diakan tahun ini. Sehingga artikel ini ditulis, kita sudah berjaya mengutip emas, bukan 1 tetapi 3. sebagai ganjaran, Kumpulan Naza menghadiahkan pemenang dengan Kia Sportage dan sebuah apartment. Menarik kan?

Ada yang lebih menarik. Di Britain, pemenang pingat emas dihadiahkan dengan Nissan Leaf siap dengan tema warna emas. Pemenang bertuah tersebut ialah Richard Whitehead yang berjaya merangkul pingat pertama dalam acara 200m T42.

paralimpik leaf (3)

Nissan, rakan penaja bagi Persatuan Paralimpik Britain juga melantik Richard Whitehead bersama jurulatihnnya sebagai duta jenama. Satu video pendek berjudul “Living with the Leaf” telah dihasilkan sebagai simbolik pemasaran.

Turut memenangi Leaf ialah atlit gymnas Max Whitlock dan George Nash, masing-masing mengutip emas dalam acara disertai.

paralimpik leaf (2)

Nissan LEAF merupakan kenderaan elektrik 100 peratus sifar emisi pertama yang dihasilkan secara massa.  Strategi Nissan adalah tidak menghadkan pembangunan kenderaan-kenderaannya. Sebaliknya mengadakan pendekatan komprehensif untuk mempromosikan mobiliti mapan dengan cara terlibat dalam pembangunan dan jualan bateri, menjalin kerjasama di peringkat global dan tempatan, mengatur infrastruktur pengecasan, mengkaji penggunaan kedua bateri lithium-ion pada EV, menggalakkan kitar semula alat ganti terpakai dalam proses produksi kenderaan serta memperkenalkan konsep-konsep mobiliti baharu.

 

 

 

Google ads
Back to top button