Motosikal

SKUTER MAXI KYMCO K50. PEMBUNUH YAMAHA T-MAX? MODENAS. KAMI MAHU YANG INI

Anda minat dengan skuter maxi? Skuter enjin 250cc ke atas dengan kerusi empuk, lebar, berkuasa, garang dan sporty. Evolusi skuter maxi memang telah lama berkembang khususnya selepas millenia dengan menyaksikan model-model canggih seperti Honda Integra 750cc dan Aprilia SRV 850cc menembus pasaran

Ia dikuasakan dengan enjin superbike, berkuasa tinggi, sesetengahnya dipacu rantai dan roda saiz penuh 17 inci. Seperti yang kita maklum, skuter maxi adalah pasaran Eropah. Memang rare lah nak tengok mat saleh bawak skuter saiz Honda PCX atau Yamaha N-MAX. Kerana pasaran ini jugalah lahir model-model luarbiasa seperti Honda NM4 dan yang disebutkan tadi.

Kymco K50 (9)

Sudah tentu bagi pembuat skuter terkenal dari Taiwan, KYMCO akan terus berusaha menghasilkan skuter terbaik di pasaran. Mereka mengadakan kerjasama dengan BMW dan Kawasaki untuk model C650 dan J300/J125. Skuter konsep K50 ini telah dipamerkan di pameran motor Tokyo, Munich, Milan dan Beijing dan baru-baru ini ia kelihatan diuji untuk pasaran.

BACA – MODENAS LANCAR SKUTER ELEGAN DAN KYMCO

BACA – MODENAS ELEGAN 250CC, MAXI PALING BERBALOI DIMILIKI

Seperti yang dipamerkan tidak lama dahulu, ia bakal menjadi flagship Kymco terbaru. Dikuasakan oleh enjin 2 selinder, K50 diperkenal sebagai menyambut ulangtahun ke-50 syarikat ini. Walaupun tidak didedahkan dengan spesifikasi enjin ramai mendakwa ia akan dipasangkan dengan enjin 650cc (enjin sama pada BMW C650?)dan apa yang lebih menariknya, enjin ini dipasang pada kerangka bawah dengan unit lengan ayun aluminium dipasang berasingan.

Kymco K50 (3)

Ia mirip kepada prinsip motosikal. Dari gambar yang diperolehi ini juga, kelihatan suspensi belakangnya dipasang secara terus dari badan kepada lengan ayun. Bukannya dari enjin kepada kerangka sepertimana skuter biasa dan tentunya mengurangkan unsprung weight dengan ketara lantas meningkatkan mutu pengendalian.

Ia juga digandingkan dengan brek berkembar Brembo, suspensi hadapan jenis terbalik (USD fork), dipacu tali sawat, lampu-lampu LED berbentuk pentagon, penghadang angin yang tinggi dan titik graviti yang rendah. Pendek kata ia direka sebagai skuter berprestasi tinggi moden yang akan mencabar Jepun dan Itali di pasaran.

Kymco K50 (10)

Awal bulan ini telah dikhabarkan pengambilalihan Modenas terhadap jenama Kymco di Malaysia. Kami berpendapat, sudah sampai masanya Modenas meneroka pasaran dengan lebih serius. Mungkin ini salah satu produk masa hadapan yang perlu dipertimbangkan untuk di bawa masuk ke pasaran tempatan ATAU, ambil peluang usahasama ini dengan menjenama dan pasarkan semula ke negara jiran.

Menarik kan?

 

Kymco K50 (5)Kymco K50 (4)Kymco K50 (2)Kymco K50 (1)Kymco K50 (9)

Google ads
Back to top button