Artikel PilihanBuletin

TOYOTA SUPRA FAST AND FURIOUS DILELONG USD185K (RM753,000)

Masih ingat siri pertama filem Fast & Furious lakonan Paul Walker dan Vin Diesel? Ya. Filem yang mengubah plot filem aksi kereta yang meletakkan penanda aras baru tentang dunia sebenar pelumba jalanan.

Antara kereta yang menyerlah dalam filem ini sudah tentulah Toyota Supra JZA80. Ia membuka mata “dunia” khususnya di sebelah Amerika tentang kegemilangan kereta-kereta sports murah Jepun pada era tersebut.

Supra-4

Sebelum ini di Amerika, kereta-kereta sport Jepun hanya digunakan di kalangan bangsa Asia-Amerika. Jarang sekali kita tengok modifikasi kereta JDM dari kalangan warga asal Amerika. Lelaki kaukasia mesti pandu hotrod atau muscle car katanya. Enjin mesti V8 dengan roadtax harga meninggal.

Supra-3

Realitinya, Toyota Supra memang sebuah kereta yang bagus. Dengan “hanya” 3 liter, enjin 2JZ-GTE sudah memalukan banyak pesaingnya. Apa lagi bagi sebuah kereta yang menjadi ikon dalam Fast & Furious dah tentulah harganya tidak murah.

Firma lelongan terkenal Amerika Mecum, yang juga pernah menampilkan motosikal Lotus C-01 untuk dibida bulan lepas telah berjaya menjual Supra mendiang Paul Walker pada harga mendiang juga lah. 185,000 dolar Amerika atau RM753,000 ringgit. Mahal sebab ia sebuah ikon penting dalam sikuen filem Fast & Furious paling profilik.

Supra-9

Kereta ini dibina oleh Eddie Paul dari The Shark Shop di El Segundo California. Walaupun dalam filem kelihatan laju macam kilat, tapi sebenarnya enjin kereta ni standard sahaja. Perubahan yang dibuat oleh The Shark Shop lebih kepada unsur kosmetik. Ia dipakaikan dengan bodykit Bomex, spoiler APR dan grafik badan yang dibuat oleh Modern Image.

Supra-2

Kereta-kereta Fast & Furious memang selalu mendapat perhatian. Waktu Sung Kang (Han) bina semula Fairlady S30 dulu pun beritanya tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Padahal, modifikasi dia biasa-biasa saja. Tapi tulah, kalau dah nama selebriti, tukar rim Tiara pun berbondong-bondong media buat liputan.

Google ads
Back to top button