Motosikal

LOTUS C-01 UNTUK DIBIDA; INILAH MOTOSIKAL LOTUS YANG PALING RARE DI DUNIA

Sebenarnya, kami pun baru sahaja tahu yang anak syarikat Proton ini pernah menghasilkan motosikal. Saya percaya, ramai yang berkongsi pengetahuan yang sama kerana Lotus lebih dikenali dengan Elise dan Evora. Lotus juga asyik rugi saja tiap-tiap tahun dan apa faedah buat motosikal pula yang dah tentunya menghabiskan duit lagi?

Falsafah syarikat automotif kadang-kadang memang begitu. Pelik tapi benar, mereka sanggup habiskan duit bina model konsep, buat kerjasama, bina prototaip yang berhabis berjuta duit tetapi akhirnya jadi perhiasan. Katanya, sebahagian daripada cara menunjukkan kepada orang bahawa mereka ada teknologi dan mampu buat. Eloklah tu. Patutlah semua syarikat British ni melingkup.

lotus C01 (5)

tti yang mencipta “motosikal cahaya” Tron Legacy Lightcycle dan motosikal Bubbleship dalam filem Oblivion. Perekanya memang seorang yang berimaginasi dan sewaktu rekaan komputernya didedahkan pada 2013, ramai yang tak peduli pun dan tak kurang juga yang skeptik. Konsepnya sangat futuristik dalam masa yang sama berimej klasik. Sungguh pelik.

Namun Lotus meneruskan impian itu dengan mengadakan kerjasama dengan syarikat Kalex dari Kumpulan Holzer yang diketuai Dr Colin Kolles. Ia menggunakan kerangka monocoque yang digabungkan dengan lengan ayun belakang aluminium tempa. Gabungan ini diteruskan dengan beberapa bahagian gentian karbon pada penutup badan, titanum dan besi gred aeroangkasa.

lotus C01 (6)

Ia dikuasakan oleh enjin V twin 1195cc dari KTM RC8R 175 kuasa kuda dengan kotak transmisi manual 6 kelajuan. Kerjatangan yang lebih seni boleh dilihat dengan gabungan peralatan prestasi tinggi seperti suspensi berkembar Ohlins di belakang, suspensi Sachs di depan dan kerangka luar yang diperbuat dari gentian karbon yang dibahagikan pada 12 seksyen utama. Perhatikan, tengok betul-betul dan anda akan setuju bahawa ini sebenarnya motosikal yang lahir dari jiwa seni.

Rodanya diperbuat dari bahan gentian karbon oleh pakar rim terkenal BST dari Afrika Selatan. Ia bersaiz 19 inci di depan 17 inci di belakang. Kalau mengikut mekanisme kejuruteraan, ia tidak seimbang tetapi ini adalah cebisan seni, jadi ketepikan praktik atau aerodinamik terlebih dahulu.

lotus C01 (10)

Motosikal ni diberi nama C-01. Ia sedang dalam proses pembidaan di Amerika Syarikat oleh firma mecum yang terkenal dengan produk eksotik mereka. Mereka mendakwa ia satu-satunya unit yang wujud di benua Amerika. Harga? Ia dianggarkan sekitar USD370,000 – USD450,000 (RM1.47 juta – RM1.8 juta)

 

 

Lotus Motorcycles C-01, designed by Daniel Simon
Lotus Motorcyles C-01

Lotus Motorcyles C-01

Lotus Motorcycles C-01, designed by Daniel Simon

Google ads
Back to top button