Motosikal

AGV PERKENALKAN TOPI KELEDAR PROTOTAIP PISTA GP

Pembuat topi keledar terkemuka dunia, AGV mendedahkan produk generasi terbaharunya dikenali sebagai Pista GP pada pusingan perlumbaan MotoGP di Misano, Itali.

AGV-Pista-GP-R-helmet-mekanika (7)

Pista GP menjadi topi keledar pertama yang menampilkan ciri saluran hidrasi. Secara asasnya, ia merupakan satu laluan tiub daripada sut kulit khas Dainese dengan pek minuman yang dipakai di belakang penunggang.

Dari situ, tiub minuman akan melalui topi keledar dan berakhir di bahagian dagu dengan satu injap. Ia tidak jauh beza dengan apa yang dipakai oleh pelumba MotoGP.

AGV-Pista-GP-R-helmet-mekanika (5)

AGV menyatakan bahawa reka bentuk baharu topi keledar tersebut lebih aerodinamik, menawarkan pengudaraan dan medan penglihatan yang lebih baik. Buat masa sekarang, ia masih dalam fasa prototaip.

Setakat ini, masih belum ada berita sama ada saluran hidrasi akan ditawarkan kepda orang ramai. Namun, corong dan perubahan bentuk lid pada topi keledar mungkin diproduksi untuk kegunaan ramai.

AGV-Pista-GP-R-helmet-mekanika (2)

Ciri-ciri penting Pista GP:

      • Medan penglihatan +15° lebih luas
      • Kawasan visor 9% lebih besar
      • -6% seksyen aerodinamik, -3% bahagian hadapan
      • -44% z-lift (keadaan topi keledar terangkat kerana tolakan aerodinamik)
      • 193% lebih kawasan ventilasi
      • 48% kurang indeks standard HIC (Kriteria Kecederaan Kepala)
      • 36% kurang g-force dialihkan ke bahagian kepala (berbanding regulasi ECE)
      • 71% lebih kurang kawasan pergerakan visor
      • Ketebalan visor 3.3mm

“Saya anggap Pista GP sebagai tribut kepada Gino Amisano,seorang yang saya kagumi kerana keupayaan beliau melakukan inovasi dan semangat juangnya,” Kata Presiden Dainese dan AGV, Lino Dainese.

AGV-Pista-GP-R-helmet-mekanika (3)

Topi keledar ini adalah sebahagian daripada projek AGV Standards. Ia selari dengan kualiti yang diasaskan oleh Amisano dan merevolusikan bagaimana topi keledar direka bentuk. Ia juga menetapkan satu penanda aras baru dari segi perlindungan dan ergonomik sesebuah topi keledar.

Google ads
Back to top button