
BYD AKAN BUKA IBU PEJABAT DAN PUSAT R&D BAHARU DI HUNGARY
Pengeluar kenderaan elektrik berasal dari China, BYD yang semakin terkenal bukan sahaja di negara serantau, malah BYD juga semakin melebarkan sayapnya ke negara Eropah selain daripada UK apabila akan membuka Ibu Pejabat baharu di Hungary.
Malah BYD bukan sahaja akan membuka Ibu Pejabat baharu di Budapest, Hungary malah mereka juga akan membuka pusat penyelidikan dan pembangunan Eropah.
Bersempena dengan itu, BYD akan mencipta ribuan peluang pekerjaan bernilai tinggi di ibu kota Hungary, serta menyokong latihan dan peluang dalam pendidikan lebih lanjut melalui kerjasama dengan sekurang-kurangnya tiga universiti di negara Hungary.

Ibu Pejabat baharu BYD kelak, yang akan terletak di daerah ke-11 Budapest, menandakan lokasi kelima bagi BYD di Hungary, selepas kilang bas di Komárom, kemudahan fasiliti tambahan di Fót dan Páty, dan juga Szeged, yang merupakan lokasi kilang pembuatan kereta penumpang BYD yang akan datang.
Elemen R&D dari komitmen ini akan dimulakan dengan dua projek khusus, yang disokong oleh pelaburan yang signifikan. Projek pertama akan memfokuskan kepada integrasi lebih lanjut kecerdasan buatan ke dalam mobiliti moden, manakala projek kedua akan membantu dalam membangunkan teknologi elektrifikasi generasi seterusnya yang lebih maju.
Sebagai bukti kepada perkara tersebut, BYD akan memberikan komitmen untuk menghasilkan paten berdasarkan pembangunan di pusat Hungary serta bekerjasama dengan pembekal tempatan untuk disamping menyasarkan peratusan pekerja berpendidikan tinggi di pusat tersebut setidaknya mencapai sehingga 90%.

Menurut BYD Chairman Wang Chuanfu penubuhan Ibu Pejabat baharu BYD Hungary akan menumpukan kepada tiga fungsi utama meliputi jualan dan perkhidmatan selepas jualan, pensijilan dan pengujian kenderaan serta reka bentuk dan perkembangan ciri moden kenderaan yang disesuaikan.
Sementara itu Perdana Menteri Hungary Viktor Orbán turut memberikan ulasan akan kepentiangan pelabur asing untuk datang ke Hungary memandangkan BYD juga sedang melangkah ke era baru apabila bersetuju untuk hadir ke Hungary.
BACA : CUBAAN BYD TUNTUT HAK NAMA DENZA DI INDONESIA GAGAL
BACA : BYD SEALION 7 RAIH PENARAFAN KESELAMATAN LIMA BINTANG EURO NCAP