Buletin

BYD SEALION 7 RAIH PENARAFAN KESELAMATAN LIMA BINTANG EURO NCAP

SUV utama BYD, Sealion 7, telah meraih penarafan keselamatan lima bintang tertinggi dalam ujian terbaru yang dijalankan oleh Euro NCAP.

Model dijual pada harga bermula RM259,800 dan dilancarkan di Eropah pada akhir 2024 ini dilengkapi dengan bukan sahaja Bateri Blade tetapi juga struktur Cell-to-Body yang menjadi ciri khas BYD.

Ia memperoleh penarafan tertinggi dengan prestasi kukuh dalam empat kawasan utama dalam ujian keselamatan yang paling ketat di Eropah.

Untuk rekod, Sealion 7 mendapat markah cemerlang terutamanya dalam dua kategori perlindungan penumpang.

Laporan rasmi Euro NCAP menyatakan bahawa kenderaan ini mencatatkan perlindungan yang baik dalam ujian penghadang sisi dan impak tiang sisi. Penarafan Perlindungan Penumpang Dewasa adalah 87 peratus.

Penarafan Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak adalah lebih mengagumkan, dengan 93 peratus, yang menyamai peratusan tertinggi dalam kategori ini sepanjang sembilan tahun lalu, sekaligus mengukuhkan kedudukan Sealion 7 sebagai kereta keluarga.

Laporan tersebut juga menyatakan bagaimana dalam ujian offset depan dan penghadang sisi, Sealion 7 memperoleh mata maksimum untuk perlindungan semua bahagian kritikal tubuh badan.

Selain itu, sistem pengesanan kehadiran kanak-kanak secara langsung turut diberikan pujian, di mana ia mengeluarkan amaran jika terdapat kanak-kanak atau bayi yang tertinggal dalam kenderaan.

Pelbagai ciri bantuan pemandu dalam Sealion 7 juga mendapat pujian dalam penilaian ini, dengan markah Safety Assist adalah sebanyak 79 peratus.

Google ads
Back to top button