
BOS BAHARU NISSAN AKUI KESILAPAN MEREKA SENDIRI – BAGUS SIKAP MACAM NI, JANGAN ASYIK SALAHKAN ORANG LAIN
Tugas paling utama CEO baharu Nissan semestinya untuk memulihkan syarikat yang kini dalam keadaan tenat. Keputusan drastic diambil sejak dari awal dengan menghentikan khidmat 20,000 orang pekerja, menutup 7 buah kilang, menghapuskan enam platform dan selain menangguhkan pembangunan beberapa model baharu. Inilah antara langkah utama ke arah penjimatan. Tapi kenapa Nissan, sebuah nama besar boleh mengalami masalah sebegini?

Ivan Espinosa, CEO Nissan dalam ucapan beliau memberitahu isu ini bermula hampir satu dekad dahulu bila Nissan membuat sasaran optimistic untuk menjual lapan juta unit kenderaan setiap tahun! Hakikatnya sepanjang tahun fiskal 2024, Nissan hanya berjay amenjual 3.3 juta unit kenderaan sahaja. Tinggi sangat impian tu.
Espinosa menyambung yang Nissan telah menghabiskan wang yang banyak untuk meningkatkan produktivti dan menambah bilangan pekerja untuk mencapai cita-cita tersebut. Menariknya perancangan tersebut di buat semasa Nissan ditadbir oleh Carlos Ghosn, lelaki yang sama sebelum ini menyebut punca masalah Nissan ialah kelembapan bahagian pentadbiran dalam menguruskan isu tersebut.

Bos bahru Nissan mendakwa masalah semakin serius saban tahun kerana tiada sesiapa ingin mencari penyelesaian sehingga sekarang. Langkah baharu yang diperkenalkan Espinosa bertujuan menjimatkan perbelanjaan syarikat selepas mengalami kerugian sebanyak USD4.5 billion tahun lepas.
Bila ditanya bagaimana Nissan akan bangkit semula, Ezpinosa menjawab mereka akan mengukuhkan lagi kerjasama dengan Renault dan Mitsubishi untuk menjimatkan kos. Mereka juga akan bergandingan dengan sekutu mereka Dongfeng dan kemungkinan membenarkan Dongfeng menghasilkan kereta di kilang mereka di Sunderland. Kilang mereka di Sunderland sekarang beroperasi di bawah keupayaan sebenar dan ia memang satu kerugian.
Langkah ini belum cukup untuk menyelamatkan Nissan sebenarnya. Mereka memerlukan produk-produk baharu dan syukurlah ia semakin menjadi kenyataan. 10 model bakal muncul di pasaran AS antaranya ialah Leaf crossover, Sentra generasi baharu dan Rogue plug-in hibrid.

Eropah bakal menerima Micra generasi baharu (rebadge dari Renault 5) diikuti Juke berkuasa elektrik dan Qashqai E-Power. Untuk pasaran Jepun Nissan bakal memperkenalkan kei-car baharu, van generasi baharu dengan E-Power dan tentu sekali Skyline terbaru (sayangnya bukan GT-R).
Okey tapi itu semua kenderaan biasa. Macam mana dengan model sports? Espinosa menerangkan yang nama GT-R masih akan wujud di masa hadapan dan beliau juga menunjukkan minat untuk membawa kembali nama Silvia ke pentas dunia. Okeylah tu… sekurang-kurangnya masih ada harapan untuk peminat model sports.