Buletin

CABARAN MITSUBISHI RED PEAK

Diinspirasikan daripada kemenangan Mitsubihsi dalam Cabaran Pikes Peak International Hill Climb 2014, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akan memulakan aktiviti 4×4 terbaharunya tidak lama lagi. 

Merdeka-deal-2014-mitsubishi-mekanika (8)

Cabaran Mitsubishi Red Peak bakal menyaksikan trak pikap Triton, SUV Pajero Sport dan SUV kompak ASX melalui pelbagai halangan yang terdiri daripada tanjakan dengan 45 darjah setinggi 25 kaki yang pertama seumpamanya di Malaysia. Ia memang satu ujian yang ekstrem buat mana-mana kenderaan 4×4.

Satu lagi cabaran ialah tanjakan roller yang menyaksikan kenderaan 4×4 Mitsubishi melalui trak Cabaran Red Peak, merentasi laluan sisi dan ujian tanjakan yang tidak rata.

Cabaran Mitsubishi Red Peak akan dimulakan pada 23 Ogos (Sabtu ini)  di Pulau Pinang sebelum menjelajah ke bandar-bandar utama yang lain seperti Johor Bahru dan Kota Bharu pada September.

N_P001_P020_CS4

Tarikh dan lokasi adalah seperti berikut:

No Bandar Venue Tarikh Masa
1 Pulau Pinang Queensbay Mall, Outdoor car park 23-24 Ogos 10.00am – 8.00pm
2 Lembah Klang Tesco Extra Mutiara Damansara, Outdoor car park 6-7 Sept 10.00am – 8.00pm
3 Johor Bahru Plaza Angsana, Car Park A 13-14 Sept 10.00am – 8.00pm
4 Kelantan Stadium Kota Bharu, Outdoor car park 26-27 Sept 10.00am – 8.00pm

Masuk adalah percuma. Pengunjung yang menempah mana-mana kenderaan Mitsubishi sepanjang acara ini akan menerima barangan Ralliart istimewa (car boot organizer). Mereka yang memandu uji kenderaan Mitsubishi pula akan menerima barangan khas Mitsubishi (sehingga stok masih ada).

ASX CKD 1

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.mitsubishi-motors.com.my atau ‘Like’ laman Facebook di https://www.facebook.com/MitsubishiMotorsMalaysia . Anda juga boleh mengunjungi mana-mana bilik pameran Mitsubishi untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan membuat pendaftaran.  

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button