Buletin

CADILLAC ESCALADE IQL – INI BARULAH DEFINASI SUV ELEKTRIK KELUARGA SEBENAR

Sesungguhnya dalam katalog model SUV Cadillac, model Escalade ini merupakan sebuah model yang cukup penting dan laku buat pengeluar berasal dari Amerika Syarikat. Maka tidak hairan sekiranya Cadillac terus memperkenalkan varian demi varian untuk model Escalade ini. Dan inilah dia Cadillac Escalade IQL, sebuah SUV elektrik keluarga sebenar.

Model Cadillac Escalade IQL ini menampilkan sisi terbaik daripada varian Cadillac sebelumnya dengan penambahan kapasiti penumpang dan juga ruang kargo tambahan untuk memenuhi keperluan gaya hidup pelanggan yang memerlukan ruang tambahan.

Sedikit kisah untuk dikongsikan, model Escalade ini sebenarya merupakan SUV bersaiz penuh mewah terlaris di Amerika Utara semenjak dari tahun 2014 lagi. Dan kini Escalade IQL ini direka dengan karektor yang unik dan direka bentuk untuk memaksimumkan keluasan untuk penumpang di ketiga-tiga baris, serta menawarkan ruang penyimpanan yang mencukupi untuk kargo dan peralatan – sama ada di belakang barisan ketiga atau di eTrunk dengan selamat.

Jelas sekali rekaan bahagian menampilkan siluet yang moden dan lebih panjang berbanding model Escalade IQ. Jelas sekali rekaan ini membolehkan lebihan ruangan di bahagian belakang. Ruangan penyimpanan tambahan di bahagian bawah hood hadapan yang dahulunya menempatkan ruangan enjin kini mempunyai keluasan kira – kira 12.2 cubic feet. Bolehlah nak simpan beg galas.

Bahagian kabin Escalade IQL ini meneruskan ciri mewah sama seperti yang terdapat pada model Escalade IQ dengan menampilkan ciri yang mewah pada barisan kedua tempat duduk. Ciri eksklusif ini termasuklah meja dulang yang boleh disimpan serta paparan skrin individu bersaiz 12.6 inci, dua pad pengecasan tanpa wayar, serta fungsi pengudaraan dan mengurut di tempat duduk.

Hasil daripada keluasan dan kepanjangan yang ada pada Escalade IQL ini, kerusi barisan tempat duduk ketiga kini lebih luas dan selesa (tambahan 4 inci ruang kaki dan satu inci untuk ruang kepala).

Sementara di bahagian tengah menampilkan paparan skrin melengkung hujung ke hujung dengan saiz 55 inci yang memaparkan info penting termasuklah sistem infohiburannya. Ciri keselesaan pula menggunakan Magnetic Ride Control 4.0 dan Air Ride Adaptive.

Escalade IQL ini mampu bergerak sehingga jarak 740 km menurut Cadillac dan hanya memerlukan dan hanya memerlukan masa 10 minit sahaja ketika menggunakan pengecasan pantas untuk membolehkannya bergerak sehingga 186 km hasil daripada penggunaan pek bateri daripada GM 24- module. Kuasa maksimum yang dihasilkan adalah 750 HP dan 1,064 Nm.

Harga yang ditawarkan adalah bermula dari $132,695 (RM 585,450) meliputi empat trim Luxury, Sport, Premium Luxury, dan juga Premium Sport.

BACA : CADILLAC ESCALADE IQ – APABILA SUV LEJEN AMERIKA DI-ELEKTRIK-KAN

BACA : CADILLAC ESCALADE-V, LEBIH GARANG LEBIH LAJU

Google ads

B K

Back to top button