
CADILLAC ESCALADE-V, LEBIH GARANG LEBIH LAJU
SUV buatan / untuk pasaran Amerika mudah untuk dikenali dengan rekabentuk yang bersaiz mega dan besar. Apatah lagi tipikal saiz American Size yang cukup dikenali dengan bagak berbanding orang Asia. Nah, ini ada sebuah SUV dari Cadillac yang cukup popular, tetapi telah diberikan lencana tambahan V. Inilah dia Cadillac Escalade -V.
Umum mengetahui, model SUV bersaiz penuh Cadillac Escalade ini merupakan model penting buat pengeluar dari Amerika Syarikat ini. Ianya cukup sesuai untuk digunapakai oleh mereka yang berkeluarga mahu pun untuk digunapakai oleh Ejen Perkhidmatan Rahsia.

Tapi apabila ianya digandingkan dengan Siri V, sebuah varian tertinggi dalam keluarga Cadillac khusus untuk mempamerkan tanda aras tertinggi kejuruteraan dan kelajuan, maka sudah tentu Cadillac Escalade -V ini bukanlah lagi sebuah SUV yang biasa biasa. Dan ini merupakan Siri V yang pertama kali digunapakai terhadap model SUV dalam keluarga Cadillac.
Secara luaran, model SUV Cadillac Escalade -V hampir tiada beza dengan model standard yang dikeluarkan. Cuma untuk Siri V, Cadillac Escalade beberapa bahagian yang terang menggunakan krom seperti ruangan gril telah digelapkan. Begitu juga bahagian pilar belakang turut digelapkan untuk menampilkan kesan bumbung terapung.
Pada bahagian rim, ianya turut menggunakan rekaan rim berdiamter 22 inci yang baharu untuk menampilkan rupa yang lebih garang. Manakala pada ruangan belakang, kegaranganya diserlahkan lagi dengan penggunaan tip ekzos berkembar empat (dua dikiri dan kanan). Dan sudah tentulah terdapatnya lencana V pada bahagian belakang dan beberapa tempat untuk memberitahu bahawa SUV yang besar ini cukup lagi dan buas.

Trenkuasanya menggunakan enjin supercaj 6.2 liter V8 yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 682 HP dan juga 885 Nm. Enjin yang cukup berkuasa ini dipadankan dengan kotak gear auto 10 kelajuan dengan keupayaan sistem pacuan semua roda sepenuh masa.

Bagi memberhentikan SUV yang laju dan bersaiz besar ini, sistem brek berprestasi tinggi, Brek Bremboo enam piston telah digunakan. Manakala untuk keselesaan penumpang di dalam, Cadillac Escalade-V ini telah menggunakan sistem Magnetic Ride Control 4.0 dan Air Ride Adaptive Suspension. Untuk menghiburkan penumpang, sistem pembesar suara darpada AKG Studio dengan sejumlah 36 pembesar suara telah dipasang terhadap model ini.
SUV yang sedap dan laju ini kini boleh dibeli dengan harga $149,990 (RM656,431).
BACA : CADILLAC ESCALADE BAHARU. INI BARULAH SUV GAYA LEBIH AMEEEREKA



