Buletin

‘MG RAYA LEBIH GAYA’ TAWAR PROMOSI EKSKLUSIF, REBAT TUNAI RM10K

MG Motor Malaysia memperkenalkan promosi eksklusif sempena musim perayaan menerusi kempen ‘MG Raya Lebih Gaya’.

‘MG Raya Lebih Gaya’ menawarkan penjimatan hebat, insentif menarik, serta peluang naik taraf tempat duduk premium bagi pelanggan yang ingin beraya dengan penuh gaya.

Bagi mereka yang mencari sedan luas dengan reka bentuk moden, MG5—sedan segmen B terbesar di Malaysia—kini hadir dengan rebat tunai RM10,000 dan ansuran bulanan serendah RM860.

Tawaran ini sah sehingga 31 Mac 2025, menjadikannya pilihan bijak untuk keluarga yang mahukan keselesaan dan nilai terbaik.

Untuk pelanggan yang beralih kepada kenderaan elektrik, MG menawarkan ansuran percuma sehingga 20 bulan bagi model MG ZS EV, MG4 EV Lux, dan MG4 EV Standard, dengan penjimatan masing-masing bernilai RM26,000, RM16,000, dan RM8,500.

Bukan itu sahaja, pemilik baharu dan sedia ada MG4 Standard kini boleh menaik taraf kepada tempat duduk Leatherette dengan kemasan Suede pada harga istimewa RM1,600.

SUV MG HS turut tidak ketinggalan dalam promosi ini, dengan rebat RM5,000 untuk mereka yang inginkan gabungan prestasi, teknologi canggih, dan keselesaan terbaik.

Sebagai bonus tambahan, setiap pembelian kenderaan MG sepanjang tempoh promosi akan disertakan dengan Blind Box Giveaway, menghadiahkan kejutan eksklusif kepada pelanggan bertuah.

Bagi merancakkan lagi sambutan perayaan, Pengedar Sah MG akan mengadakan acara MG Lebih Gaya Weekend, di mana pelanggan boleh memandu uji model MG pilihan mereka dan menikmati pelbagai tawaran eksklusif.

Nikmati perjalanan yang lebih bergaya dan menjimatkan musim perayaan ini bersama MG! Kunjungi bilik pameran MG terdekat untuk maklumat lanjut.

Google ads
Back to top button