Buletin

CASIO EDIFICE ECB-2000HR: JAM TANGAN EKSKLUSIF KOLABORASI BERSAMA HONDA RACING

Casio Computer Co., Ltd. baru-baru ini melancarkan model jam tangan terkini, EDIFICE Honda Racing Collaboration Model ECB-2000HR, hasil kerjasama dengan Honda Racing Corporation (HRC).

Direka berdasarkan konsep “Kelajuan & Kecerdasan,” model istimewa ini meraikan semangat perlumbaan HRC yang menjadi tunjang kepada warisan Honda.

Jam tangan ini menampilkan reka bentuk tricolor – merah, biru, dan putih – yang melambangkan falsafah HRC.

Merah mewakili semangat kemenangan, biru mencerminkan teknologi canggih, manakala putih melambangkan hubungan mesra dengan peminat sukan permotoran.

Menurutnya, reka bentuk ini diamati secara langsung oleh Honda, menjadikannya simbolik kepada dunia perlumbaan.

Antara perincian menarik termasuklah alcantara, bahan mewah yang digunakan dalam kereta sport kelas atasan, digunakan pada tali jam tangan ini.

Jahitan merah, biru, dan putih menghiasi permukaan tali, manakala ilustrasi komponen enjin perlumbaan Honda turut diukir menggunakan teknologi laser.

Ciri ini dihasilkan di pusat HRC Sakura, mencerminkan dedikasi bersama HRC dan Casio dalam mencipta karya unik.

Jam tangan ini juga dilengkapi teknologi canggih seperti Mobile Link yang membolehkan sambungan Bluetooth® untuk pelarasan masa automatik, serta sistem Tough Solar – menggunakan cahaya sebagai sumber tenaga.

Selain itu, ciri dwi-LED pula memastikan paparan mudah dibaca walaupun dalam keadaan gelap.

Sebagai tambahan, logo HRC dan EDIFICE menghiasi dail, bahagian belakang, dan tali jam, menandakan keaslian model kolaborasi ini.

Jam tangan ini turut hadir dalam bungkusan khas dengan reka bentuk eksklusif, menjadikannya koleksi menarik untuk peminat sukan permotoran.

EDIFICE ECB-2000HR bukan sekadar jam tangan, tetapi simbol dedikasi dan kecanggihan dunia perlumbaan.

Kolaborasi ini memperkukuhkan hubungan antara dua jenama Jepun yang sinonim dengan inovasi dan semangat perlumbaan.

Google ads
Back to top button