BELI 1 MOTOR KAWASAKI, MENANG 1 MOTOR LAGI! MENANG VERSYS 650, NINJA 250 ATAU Z250 DENGAN AEON CREDIT.
AEON Credit dan Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) berkolaborasi dalam kempen terbaru, memberi peluang kepada peminat motosikal untuk memiliki jentera Kawasaki impian mereka, malah berpeluang memenangi hadiah lumayan menerusi cabutan bertuah.
Pembiayaan motosikal Kawasaki melalui AEON Credit bukan sahaja memudahkan proses pembelian, tetapi pelanggan juga berpeluang membawa pulang Hadiah Utama iaitu Kawasaki Versys 650 bernilai lebih RM36,000!
Kempen ini berlangsung dari 10 Mei hingga 31 Disember 2024, manakala jualan mestilah dibuat sebelum 31 Januari 2025.
Pengumuman pemenang cabutan bertuah akan dibuat oleh pihak Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS).
Kempen itu hanya tersedia melalui 12 pengedar Kawasaki yang terpilih dan sah sahaja. Ini bagi memastikan pelanggan mendapat akses eksklusif kepada jentera berkualiti Kawasaki.
Berikut adalah hadiah yang ditawarkan dalam cabutan bertuah ini:
- Hadiah Utama: Kawasaki Versys 650
- Hadiah Kedua: Kawasaki Ninja 250
- Hadiah Ketiga: Kawasaki Z250
- Hadiah Saguhati: 2x Kamera Aksi, 3x Jaket Menunggang, 5x Helmet Full-face
Dengan pembiayaan dari AEON Credit, anda boleh memohon pembiayaan sehingga 90 peratus dengan tempoh bayaran balik sehingga tujuh tahun, menjadikan proses memiliki motosikal idaman lebih mudah dan mampu milik.
Jadi, dengan pembiayaan mudah serta tawaran hadiah yang menarik, jangan lepaskan peluang ini untuk memiliki motosikal Kawasaki idaman anda.
Jangan tunggu lagi, dapatkan pembiayaan AEON Credit bagi motosikal Kawasaki pilihan anda sebelum 31 Disember 2024, dan rasai keseronokan memecut dengan Kawasaki! Pemenang cabutan bertuah akan diumumkan Februari 2025.
Maklumat lanjut, sila layari laman web: https://kawasaki.com.my/menu/list-press-release/aeon-buy-win-campaign-2024