
SEGALANYA TENTANG HYUNDAI CRETA, SUV SEGMEN B
Hyundai Malaysia telahpun membuka tempahan bagi satu lagi produk terbaru daripada mereka iaitu Hyundai Creta, sebuah lagi SUV yang berad adalam segmen B yang setakat ini popular dengan 2 pilihan samaada Proton X50 ataupun Honda HR-V.
Jika anda tidak pernah mendengar nama Creta, kami bawakan sedikit informasi berkenaan dengan SUV yang pernah popular di Russia ini satu ketika dulu.
1. SUV ini dinamakan bersempena nama Kepulauan Creta di Greece, sama seperti kebanyakan produk Hyundai yang lain dinamakan nama tempat-tempat menarik di seluruh dunia. Perkataan Creta juga boleh dikaitkan dengan perkataan Creative
2. Creta dibangunkan atas platform Hyundai-Kia K2, yang turut digunakan oleh model Hyundai Stargezer dan Kia Karens. Panjang Creta ialah 4315mm, lebar 1790mm, tinggi 1630mm dan jarak antara roda ialah 2610mm.
3. Cesi ini juga menggunakan suspensi topang McPherson di bahagian depan dan Coupled Torsion Beam di bahagian belakang. Cesi ini juga dibangunkan khusus untuk enjin depan dan pacuan roda depan

4. Hanya ada satu pilihan enjin yang akan ditawarkan nanti iaitu enjin aluminium sepenuhnya 1500cc 4 silinder SmartStream. Enjin ini menjana 113 kuasa kuda dan 144Nm tork pada 4500 RPM. Semua kuasa dihantar ke roda depan menerusi transmisi Intelligent Variable Transmission
5. Creta akan menggunakan brek cakera berliang dengan saiz 15 inci pada roda depan, dan 14 inci pada roda belakang. Brek juga akan dilengkapi dengan ciri Brek Parkir Elektrik dan juga AutoHold.
6. Buat masa ini hanya ada 1 varian sahaja yang akan ditawarkan, dan dipasang dengan rim aloi 2 tona bersaiz 17 inci manakala saiz tayar pula ialah 215/60 R17. Hyundai Creta juga akan diberikan tayar gantian kecemasan dengan saiz yang sama
7. Hyundai Creta akan dipasang dengan Hyundai Smart Sense yang merangkumi Forward Collision Avoidance, Blind Spot Avoidance Collision Assist, Lane Keep Assist, Lane Following Assit, Driver Attention Alert, Leading Vehicle Alert, Rear Occupant Alert, Rear Cross Traffic Alert, Safe Exit Warning dan High Beam Assist
8. Rekaan lampu Hyundai Creta adalah unik dengan lampu adalah sebahagian daripada jeriji depan, dihasilkan dengan menggunakan LED projektor dan digabungkan dengan lampu nyalaan siang DRL LED. Lampu belakang juga menggunakan lampu LED

9. Pemandu akan menerima stering dengan ciri ketinggian boleh laras, lengkap dengan ciri teleskopik, kusyen balutan fabrik, meter digital Supervision Cluster 10.25 inci, skrin multimedia 8 inci lengkap dengan sambungan Android Auto dan Apple Car Play
Hyundai Creta juga akan datang dengan ciri butang tekan hidup, enjin boleh dihidupkan dengan butang kawalan, penukar gear di belakang stering, 4 mode pemanduan (Eco, Normal, Sport & Smart), kamera pandang belakang, 3 USB poin, dan corong penyaman udara belakang
10. Hyundai Creta juga menawarkan ruang simpanan kargo 416 liter apabila semua kusyen digunakan. Jumlah ini akan digandakan menjadi 1384 liter apabila kusyeb barisan tempat duduk kedua dilipat
11. Di Indonesia, Hyundai Creta dijual dengan harga permulaan RM 81,000 sehingga RM 116,000 bagi varian teringgi. Bagi pasaran Thailand, ia dijual antara harga RM 122,000 ke 129,000.


