Buletin

LEGO AKAN HASILKAN SET CATERHAM SEVEN

Model ikonik Caterham Seven akan diabadikan dalam bentuk LEGO buat buat pertama kalinya apabila set pertama akan dilancarkan pada hujung tahun ini.Caterham-LEGO-mekanika (2)

Set itu membolehkan peminat LEGO dan peminat kereta membina maniatur kereta sport Britain mereka sendiri.

Konsep set Caterham Seven dihantar ke sistem LEGO Ideas oleh peminat LEGO, Carl Greatrix dan menerima lebih 10,000 undian di antara Mei hingga September tahun lalu. Sekali gus membuatkan model ini wajar diproduksi.

Caterham-LEGO-mekanika (4)

“Carl memang terkenal dalam kalangan komuniti LEGO kerana foto realtistik model-model kereta, kereta api dan kapal terbangnya,” kata Mike McCoy daripada pasukan LEGO Ideas.

Memandangkan produk ini masih dalam fasa pembangunan, maka perincian gayaan, harga jualan dan skim warna set LEGO Caterham Seven akan diberitahu nanti.

Google ads
Back to top button