Buletin

CATHAY PACIFIC AIRWAYS LANCAR JENAMA GAYA HIDUP

Syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific Airways baru-baru ini telah melancarkan satu jenama gaya hidup yang menawarkan perkhidmatan hospitaliti dan membeli-belah. Langkah itu terpaksa diambil kerana ia perlu mencipta sumber pendapatan baharu memandangkan perjalanan udara masih belum pulih sepenuhnya. 

Jenama “Cathay” akan membolehkan pengguna untuk membeli perkhidmatan dan barangan melalui syarikat berkenaan. Ia akan dimulakan di Hong Kong terlebih dahulu, sebelum dikembangkan ke peringkat global bersama pengenalan satu kad kredit khas. 

Perkembangan itu hadir selepas syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia mengumumkan pelan untuk melancarkan teksi udara dan perkhidmatan penghantaran menggunakan dron pada Mac lalu. Manakala Singapore Airlines pula menyertai perniagaan restoran tahun lepas. 

Sama seperti pemain dalam industri penerbangan yang lain, Cathay Pacific terjejas teruk akibat penularan Covid-19 di seluruh dunia, Ia kini hanya beroperasi pada kadar lapan peratus dan meramal akan mengalami kerugian untuk tiga suku tahun berturut-turut. – Reuters  

Google ads
Back to top button