Buletin

DAIKIN CIPTA PENYEJUK UNTUK EV. MAMPU TINGKATKAN JARAK SEHINGGA 50%

Pengeluar produk pendingin hawa terkenal Jepun, Daikin Industries dilapor telah membangunkan satu cecair penyejuk untuk kereta elektrik yang membolehkan jarak perbatuan ditingkatkan sehingga 50 peratus. 

Syarikat itu merancang untuk mengkomersialkannya menjelang tahun 2025. Perkembangan itu membuatkan saham Daikin melonjak sebanyak 4.34 peratus. 

Penyejuk yang menjimatkan tenaga itu akan digunakan pada sistem pendingin hawa kereta elektrik. Ia sekali gus dapat mengurangkan penggunakan tenaga elektrik. Penemuan terbaharu tersebut sudah diuji untuk kegunaan praktikal dan persijilan aplikasinya telah dihantar ke sebuah agensi di Amerika Syarikat. 

Penyejuk Daikin mampu mengurangkan titik panas kepada -40 darjah selsius dengan memberi fokus ke atas komposisi. Menurut Daikin, jika sebuah EV yang dicaj penuh boleh mencapai jarak 100km, penggunaan penyejuk baharu itu boleh menambah jarak sejauh 100km lagi. 

Penyejuk pendingin hawa EV yang utama di Amerika kini dibangunkan oleh Honeywell dan Chemours. Ia ditawarkan pada harga sekitar 30,000 yen (RM1,142) dan Daikin menyatakan harga penyejuknya akan ditentukan oleh pasaran. Walaupun dijangka lebih mahal, namun penyejuk itu dilihat masih mampu menarik minat pengeluar EV. 

Menurut institut kajian Jepun Fuji Kenzai, pasaran global EV dijangka berkembang bermula tahun 2021. Menjelang tahun 2035, pasaran EV di seluruh dunia diramal mencecah 19.69 juta unit, naik 11 kali ganda berbanding tahun 2019. 

Google ads
Back to top button