Artikel Pilihan

JAMBATAN AIR INI DIBUAT BAGI BOT MELINTASI JALANRAYA

Belanda merupakan satu negara yang agak unik, dengan kedudukan permukaan bumi adalah lebih rendah berbanding dengan ketinggian aras laut. Keadaan ini menjadikan Belanda memiliki banyak tasik semulajadi, yang kemudian ditambak bagi menghasilkan daratan baru.

Sebagai contohnya ialah Tasik Veluwemeer, ditambak pada sekitar tahun 1950an bagi membentuk daratan baru dikenali sebagai Flevopolder. Tapi bagi mengekalkan legasi, laluan bot untuk kawasan tasik ini dikekalkan kerana hanya sebahagian kecil sahaja kawasan tasik ditambak

Bagi menghubungkan laluan antara tasik, Belanda membangunkan Aqueduct iaitu jambatan air yang boleh digunakan oleh bot. Salah satu contihnya ialah Veluwemeer Aqueduct yang dibina di atas jalan raya N302

Ini membolehkan bot boleh melalui jambatan air manakala kenderaan darat seperti kereta dan lori boleh melalui jalan N302 pada masa yang sama tanpa sebarang masalah

Jalan N302 ini menghubungkan pulau buatan Flevoland (pulau buatan terbesar di dunia) dengan tanah besar Belanda. Flevoland dibuat dengan kaedah tambakan dan dikelilingi oleh 3 tasik, menghasilkan kawasan daratan seluas 970km persegi dan menjadi rumah kepada 424,000 penduduk.

Jalan raya N302 yang menghubungkan Flevoland dengan tanah besar Belanda ini digunakan oleh sebanyak 28,000 kenderaan sehari, dibina dengan mengorek tanah sedalam 3 meter dari paras permukaan air tasik dan sejauh 17 meter

Selain bot, kereta dan lori, laluan ini juga direka khas untuk digunakan oleh pejalan kaki dan juga penunggang basikal. Ketika dibina, jambatan air ini menggunakan sehingga 22,000 meter padu konkrit, besi keluli dan dilapisi bahan khas kedap air bagi mengelakkan lumpur dan air menembusi dan jatuh atas permukaan jalan

Google ads
Back to top button