Artikel Pilihan

CEO FORD JATUH CINTA DENGAN EV CHINA – SANGGUP PANDU SETIAP HARI

Ketika ada pihak yang memandang rendah dengan keupayaan EV buatan China, CEO Ford, Jim Farley pula sangat sukakan Xiaomi SU7 milik beliau. Beliau sudah memandunya selama tujuh bulan dan masih lagi teruja memandunya. Mungkin sebab tiada pengeluar dari AS yang menghasilkan EV setanding dengannya kot?

Farley dalam satu temubual bersama Everything Electric Show menerangkan tentang dua lawatan beliau ke China dalam masa dua tahun. Beliau teruja dengan produk-produk buatan Xiaomi kerana di Barat, pengeluar telefon tidak mempunyai divisyen pengeluaran kereta. Namun di China, Xiaomi dan Huawei, dua syarikat pengeluar telefon pintar terbesar mempunyai produk dalam hampir keseluruhan kereta yang dikeluarkan di sana.

Xiaomi merupakan antara pengeluar telefon dan skuter elektrik terbesar. Mereka telah memperkenalkan kereta penumpang mereka yang pertama, SU7 pada penghujung 2023. Kesemua unit yang diproduksikan untuk tahun 2024 habis terjual dalam masa 24 jam. Nak beli sekarang kena tunggu sampai enam bulan.

Xiaomi adalah gergasi industri dalam penghasilan produk pengguna yang lebih berperngaruh dari kebanyakan syarikat pengeluar kereta, tambah Farley lagi. Beliau tidak berminat bercakap tentang persaingan bahkan beliau sendiri memandu sebuah Xiaomi. Ia diterbangkan khas dari Shanghai dan Farley memandunya setiap hari.

Ia jelas menunjukkan betapa ketinggalannya pengeluar dari Barat berbanding pembangunan teknikal EV China. InsideEV pernah melaporkan betapa jenama China telah mendahului pengeluar dari AS beberapa tahun ke depan dari segi harga, teknologi bateri, integrasi perisian, pengecasan dan jarak operasi.

Sudah tentu rakyat AS tidak berpeluang merasai kemajuan EV China kerana tariff yang tinggi dikenakan ke atas EV dari China. Mereka takut betul lambakan EV China bakal menguasai pasaran dengan harga yang lebih rendah dan teknologi yang maju.

Farley sendiri pernah menyifatkan pengeluar kenderaan dari China sebagai satu ancaman dan bukti sudah jelas bila beliau sendiri sudah jatuh cinta dengan SU7 buatan Xiaomi. Baru kau tahu China sekarang tak sama dengan China dahulu ya.

Google ads
Back to top button