" "
Motosikal

RASMI: SUZUKI GSX-S1000GX TIBA DI PENGEDAR – RM89,900

Selepas mempamerkan GSX-S1000GSX ketika di Malaysia Autoshow 2024 bulan Mei lalu, motosikal ‘sport-tourer’ itu akhirnya tiba di pengedar dengan harga jualan rasmi RM89,900. 

GSX-S1000GX merupakan solusi Suzuki dalam menyaingi segment ‘sport touring’ yang ketika ini didominasi Kawasaki Versys 1000, Yamaha Tracer 9 GT dan BMW S 1000 XR. Meskipun begitu, Suzuki menggelar GSX-S1000GX ini sebagai motosikal ‘crossover’.

Menariknya, bagi memastikan model serba baharu ini mencuri perhatian, GSX-S1000GX merupakan model pertama Suzuki yang hadir dengan suspensi elektronik menerusi Suzuki Advanced Electronic Suspension selain dari Suzuki Road Active Stablization dan Suzuki Floating Ride Control. Fungsi ‘quickshifter’ juga didatangkan secara standard. 

Mengguna pakai enjin sama dari GSX-S1000 (enjin 4-silinder 999cc K5), GSX-S1000GX ini menawarkan 152hp dan 106Nm. Ciri lain yang ditawarkan termasuk program SRAS (Suzuki Road Adaptive Stabilization) yang turut bekerjasama dengan sistem SAES. 

Antara fungsi lain ditawarkan termasuk:

  • Suzuki Drive Mode Selector Alpha
  • ride-by-wire
  • quickshifter (atas/bawah)
  • smart cruise control
  • sistem motion track brake 
  • sistem Slope Dependent Control
  • Suzuki Easy Start
  • Low RPM Assist

Untuk makluman, kami diberitahu bahawa set ‘panniers’ tidak didatangkan secara standard pada GSX-S1000GX di Malaysia.

GALERI: SUZUKI GSX-S1000GX 2024

Google ads
Back to top button