Artikel Pilihan

CEO KENA SCAM BAYAR USD5.4 JUTA UNTUK AMG ONE – KERAS BETUL BAYARANNYA

Seorang CEO bertaraf billionair telah ditipu dalam urusan pembelian Mercedes-AMG One. Mercede-AMG hanya menghasilkan 275 unit AMG One dan kesemuanya telah habis terjual. Ini antara satu bukti ungkapan ada duit pun belum tentu boleh beli.

Michael Mente, seorang billionair dari Los Angeles telah menerima satu panggilan telfon pada 2021 kononnya dari pengedar kereta eksklusif dari Perancis. Mente ditawarkan slot tempahan untuk Mercedes-AMG One degan harga USD5.4 juta, dua kali ganda lebih tinggi dari tawaran Mercedes semasa tempahan AMG One dibuka.

Beliau bersetuju untuk membelinya dan beliau kemudian dihubungi untuk proses pemindahan wang. Siap boleh pilih lagi spesifikasi untuk supercar tersebut. Sebaik pemindahan berjaya diselesaikan, pengedar pun turut menghilangkan diri bersama wang tersebut.

Mente kemudian merasa curiga dan menghubungi peguam dari Colorado, Scott Oliver yang mewakili penjual, Jean-Pierre M.R. Clement. Nama pun dah pelik semacam seperti dalam email spam yang selalu kita terima.

Selepas disiasat ternyata nama tersebut palsu sama seperti slot tempahan AMG One tersebut. Duit pun dan selamat masuk ke akaun penipu yang menggunakan nama lelaki Perancis yang kononnya mewakili pengedar/penjual dari Perancis.

Pada bulan Jun 2022, semasa menunggu hasil siasatan, Mente telah dihubungi oleh Department of Homeland Security menyatakan penipu yang kononnya berasal dari Perancis ialah Traveon Rogers, seorang lelaki yang juga penipu terkenal dari Texas.

Roger memang bergiat aktif mencari mangsa dalam internet. Beliau sedang menjalani hukuman penjara tujuh tahun kerana menyamar sebagai pengedar Aston Martin, penipuan dokumen dan cubaan menjual kereta yang tidak wujud kepada pelanggan. Dengan kata lain mamat ni memang pakar dalam bidangnya.

Satu lagi perkara menarik ialah Mente bukan mangsa pertama scam AMG-One. Pada tahun 2023, Roger turut didapati menipu seorang mangsa sebanyak USD3.19 juta untuk membeli sebuah AMG One! Banyak benar koleksi AMG One engkau ya.

Google ads
Back to top button