Artikel Pilihan

VOLVO PANGGIL KEMBALI CEO LAMA UNTUK PULIHKAN SYARIKAT – DALAM MASA DUA TAHUN

Masalah Volvo mungkin tidak sebesar masalah yang dihadapi Nissan tapi sebelum ia merebak langkah pencegahan awal memang wajar diberi perhatian. CEO Jim Rowan akan mengundurkan diri dan tempat beliau akan digantikan oleh bekas CEO sebelum beliau, Hakan Samuelson. Samuelson merupakan bekas CEO Volvo dari 2012 hingga 2022.

Perlantikan Hakan Samuelson sebagai CEO dan Presiden Volvo Cars berkuatkuasa pada 1 April 2025 untuk tempoh dua tahun. Menurut Volvo ia bagi memastikan kestabilan sebelum perlantikan jangka panjang. Ooo kira running in la ni.

Volvo menjelaskan kembalinya Samuelson merupakan titik penting untuk mereka dan industri automotif sendiri kerana perubahan teknologi yang pantas, perkembangan geopolitik dan pertambahan persaingan dalam industri.

Mereka yakin kedatangan Samuelson berdasarkan rekod beliau akan membantu mereka dalam masalah semasa. Beliau seorang yang mempunyai pengalaman luas dalam industri dengan pengetahun mengenai syarikat yang mendalam dan mampu bekerja di bawah tekanan.

Eric Li, Pengerusi Geely sendiri gembira dengan kepulangan Samuelson sebagai CEO dan yakin dengan kemampuan beliau berdasarkan pencapaian terdahulu selama menjawat jawatan yang sama selama 10 tahun.

Google ads
Back to top button