Buletin

CHERY TIGGO 7 PRO RASMI DILANCARKAN – JANA 197HP, HARGA RM123,800 – TAWARAN HARGA RM119,800 UNTUK 2,000 PELANGGAN TERAWAL

Chery Malaysia secara rasmi hari ini secara rasmi melancarkan Chery Tiggo 7 Pro untuk pasaran tempatan.

Pesaing kepada Proton X70 ini dibina diatas platform Chery T1X dan mempunyai ukuran dimensi 4,500mm panjang, 1,696mm tinggi, 1,862mm lebar dengan jarak antara roda 2,670mm.

Dari segi penggayaan, Tiggo 7 Pro didatangkan bersama lampu LED di bahagian hadapan serta belakang, lampu membelok berjujukan, rim aloi dua tona berukuran 18 inci dan panoramic sunroof.

Sementara, di bahagian dalam, ia menerima kelengkapan sepeti ketersambungan Apple CarPlay/Android Auto, 17 fungsi ADAS, kamera 540°, tempat duduk hadapan berventilasi, skrin 24.6-inci dan sistem audio premium Sony 8-pembesar suara.

Perincian menarik lain Chery Tiggo 7 Pro termasuklah upholsteri kulit sintetik, pengecas wayarles 50W, sistem pencahayaan ambien dengan 64 pilihan warna, port USB Type A, Type C, Remote Engine Start, Walk Away Auto Lock serta tiga mod pemanduan iaitu Eco, Normal dan Sport.

Dari segi spesifikasi, ia dikuasakan oleh enjin Enjin TGDI 1.6 liter, berupaya menghamburkan kuasa 197hp dan tork 290Nm serta dipadankan bersama tranmisi 7-speed dual-clutch transmission (DCT).

Dari segi keselamatan, Tiggo 7 Pro didatangkan dengan ADAS tahap 2.5 merangkumi ciri-ciri seperti:

  • Front Collision Warning (FCW)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Multi Collision Brake (MCB)
  • Door Open Warning (DOW)
  • Integrated Cruise Assist (ICA)
  • Rear Collision Warning (RCW)
  • Lane Departure Prevention (LDP)
  • Blind-spot Detection (BSD)
  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Traffic Jam Assistant (TJA)
  • Rear Cross Traffic Braking (RCTB)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Lane Change Assist (LCA)
  • Lane Departure Reminder (LDR)
  • Emergency Lane Keeping (ELK)

Selain itu, ia juga dilengkapi tujuh beg udara, sistem kamera panoramik 540 darjah, Hill Start Assist Control dan Hill Descent Control.

Pilihan warna bagi Tiggo 7 Pro adalah seperti berikut:

  • Bloodstone Red dengan bumbung hitam
  • Vanilla Blue
  • Carbon Black
  • Khaki White dengan bumbung hitam

Beralih pada harga, ia diberi tanda harga bermula RM123,800 dengan pakej jaminan yang komprehensif, menawarkan Perlindungan waranti 7 tahun atau sehingga 150,000KM, bersama-sama dengan 5 tahun buruh percuma perkhidmatan dan perkhidmatan tunda percuma selama 7 tahun.

Lebih menarik, untuk 2,000 pelanggan terawal, anda bakal menikmati tawaran lebih menjimatkan iaitu diberikan tanda harga bermula RM119,800 sahaja.

GALERI:

Google ads
Back to top button