
CHEVRON LANCAR CALTEX POWER DIESEL (EURO 5) DENGAN TECHRON D
Chevron Malaysia Limited yang bertanggungjawab memasarkan produk jenama Caltex di Malaysia, melancarkan diesel yang mematuhi piawaian Euro 5 pada hari ini.
Dikenali sebagai Caltex Power Diesel (Euro 5) dengan Techron D, diesel ultra premium itu menjanjikan minyak yang lebih bersih, berkuasa dan boleh dipercayai pada setiap isian.
Bahan api itu mengandungi aditif Techron D untuk mengawal pembentukan deposit, mengekalkan 100 peratus tahap kebersihan pemancit bahan api dan meningkatkan prestasi sebenar enjin.
BACA: CHEVRON MALAYSIA LANCAR CALTEX DELO 400 MGX
BACA: BAGAIMANA MEMILIH MINYAK PELINCIR YANG BETUL
Kelebihan lain diesel ini termasuklah tiada pengurangan kuasa, perlindingan daripada masalah kakisan dan tidak berbuih.
Dibangunkan dengan hampir sifar kandungan sulfur, Caltex Power Diesel (Euro 5) dengan Techron D akan ditawarkan secara berperingkat di stesen-stesen minyak Caltex di seluruh negara.
“Kami akan memberi fokus kepada kawasan-kawasan utama seperti di Lembah Klang dan Johor Bahru. Tidak terkecuali, laluan-laluan penting termasuklah lebuh raya Utara Selatan.
“Justeru, pelancaran Caltex Power Diesel (Euro 5) dengan Techron D akan mengukuhkan lagi jenama Caltex sebagai penyedia bahan api berkualiti tinggi kepada pengguna di Malaysia,” kata Pengerusi Negara Chevron Malaysia, Shahid Ahmed.