Motosikal

BENELLI TRK 502 MASUK MALAYSIA 2017, HARGA DI BAWAH RM30K.

Sebelum meneruskan bacaan artikel ini, suka untuk kami katakan bahawa motosikal ini belum pun dilancarkan di mana-mana negara. Ia dipamerkan di pameran motor INTERMOT Jerman dan EICMA Milan, Itali. Sambutannya? Luar biasa.

BACA – PAMERAN MOTOR INTERMOT JERMAN

BACA – PAMERAN MOTOR EICMA ITALI

Benelli akan melancarkan model kembara ini di negara China sedikit masa lagi. China akan mendapat terlebih dahulu TRK502, diikuti Eropah dan Asia. Negara Asia yang disenaraikan paling awal menerima TRK5012 ialah Thailand dan Malaysia.

Ya. Malaysia akan menerima model ini.

Ketua Pegawai Pemasaran Benelli, Dante Richard Bustos dalam sesi sidang media sewaktu pelancaran TNT135 petang tadi memberitahu, TRK502 akan mula ke pasaran tempatan paling awal pada April tahun 2017 atau selewat-lewatnya September 2017.

Tiada harga dinyatakan dan kami juga akur sukar untuk menjangkakan harga jualannya. Ditanya adakah akan lebih murah berbanding TNT600. Beliau dengan yakin menjawab “ya”.

benelli-trk-1

Jika ini adalah indikasinya, maka ia adalah berita baik namun Dante menegaskan, ia sangat bergantung pada keadaan ekonomi semasa dan nilai tukaran ringgit sudah pasti mempengaruhi harga jualannya.

Berapa varian akan diperkenalkan? Belum tahu. Masih terlalu awal. Apapun, motosikal kembara tempatan bakal menyaksikan satu lagi jenama akan bertanding tahun depan.

Untuk rekod, motosikal adventur paling murah dalam pasaran tempatan kini ialah KTNS R3 250cc berharga sekitar RM15,000. Manakala motosikal kembara 500CC pula ialah Honda CB500X RM33,000, kemudian Versys 650cc RM39,000.

Sementara itu di Indonesia, Kawasaki Motor Indonesia baru melancarkan Versy X-250 minggu lepas dengan harga jualan kira-kira RM20,000 (Rp. 62 Juta)

BACA – KAWASAKI INDONESIA LANCAR VERSYS X-250

BACA – SUZUKI V-STORM DL250, SI KEMBARA KECIL

TRK502 dikuasakan oleh enjin empat lejang, 2 selinder 500cc. Enjin DOHC, 4 injap ini mengesktrak 47 kuasa kuda pada 8,500rpm dan 33 paun tork pada 5,000rpm yang dipacu kotak transmisi 6 kelajuan.

Ia memang dikelaskan untuk adventur dan touring. Untuk itu, ia digandingkan dengan tangki bahanapi 20 liter dan kotak pannier sebagai aksesori standard.

Ketinggian pelananya 800mm dengan kedudukan tangkin tinggi dan pembias angin hadapan lebar, memang direka untuk perjalanan jauh.

Motosikal ini dibina dengan kerangka jenis trellis berwarna hitam, suspensi depan USD 135mm yang boleh dilaras sepenuhnya depan dan belakang.

Brek pula dilengkapi angkup 4 omboh di depan denngn cakera 320mm sementara belakang angkup dengan omboh tunggal dan cakera 260mm. Ia datang dengan sistem ABS sebagai peralatan standard.

 

 

Google ads
Back to top button