Buletin

“CHUPP” PARKIR GUNA SELUAR BEKU

Pendekatan “chupp”parkir yang digunakan seorang lelaki di Chicago, Amerika Syarikat (AS) agak pelik apabila menggunakan seluar beku.

Menurut laporan portal UPI, Adam Seltzer yang berasal dari West Ridge memuat naik gambar seluar panjang beku yang berada dalam kedudukan berdiri di laman Twitter.

Seltzer menggelar pendekatan tersebut sebagai “dibs” sehingga meraih perhatian dan menjadi viral di media sosial.

Tindakan menanda tempat letak kereta merupakan amalan biasa di Chicago dan penduduk sering menggunakan kerusi atau kon trafik bagi tujuan berkenaan.

“Alami keseronokan vorteks kutub dengan mendirikan seluar panjang tanpa dipakai oleh sesiapa.

“Basahkan sepasang seluar dan letakkan di luar rumah. Dalam masa 20 minit, anda boleh membuatkannya berdiri apabila ia mula mengeras,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Seltzer menjelaskan, dia kini sedang mencuba untuk melengkapkan set pakaian tersebut dengan menambah baju di atas seluar beku itu.

“Apa yang saya sedang cuba lakukan sekarang dan tidak pernah dibuat sebelum ini adalah membekukan baju, jadi nantikan hasilnya,” katanya kepada CBS Chicago. – agensi

Google ads
Back to top button