PDB TAWAR GANJARAN BERGANDA-GANDA SEMPENA TAHUN BARU CINA
Petronas Dagangan Berhad (PDB) menawarkan pelbagai ganjaran menarik kepada para pelanggan sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Melalui kempen tahunan PETRONAS Coffee Break, PDB telah menyumbang minuman kopi dan snek serta barangan menarik kepada petugas baris hadapan di 15 buah hospital di seluruh negara serta Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Kempen bertujuan memupuk kesedaran masyarakat berhubung keselamatan jalan raya sempena musim perayaan yang diperkenalkan sejak tahun 1998 itu, mendapat sokongan daripada Nestle Products Sdn. Bhd., ETIKA Sdn. Bhd., Delfi Marketing Sdn. Bhd., Shopee Mobile Malaysia Sdn. Bhd., Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd., Podirect Trading (M) Sdn Bhd. dan iNova Pharmaceutical.
Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada Mac tahun lalu, PDB telah mengalihkan sumbangan dalam memberi manfaat kepada para petugas barisan hadapan.
PDB turut menawarkan pelbagai ganjaran menarik kepada para pelanggan yang mengunjungi stesen-stesen di seluruh sebagai nilai tambah kempen PETRONAS Coffee Break.
Sebanyak 236 pemegang kad Mesra yang melakukan penebusan bermula dari 5 Februari hingga 31 Mac berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk Galaxy S10, A30 atau A50, peranti Samsung Galaxy (Watch, Bud, FIT) dan 2,000 mata Mesra.
Mereka yang melakukan penebusan melalui platform Setel Mesra Redemption (app.setel.my/mesrarewards) layak secara automatik manakala pengguna aplikasi Setel akan menerima lima penyertaan.
Bagi ahli Kad Mesra yang baharu sahaja mengaktifkan kad fizikal, atau memautkan kad kepada aplikasi Setel menerusi aplikasi tersebut akan mendapat 10 penyertaan.
Sempena musim perayaan ini, PDB memperluaskan lagi pilihan Makan@Mesra dengan menawarkan menu edisi terhad Tahun Baru Cina seperti Yee Sang, Prawn & Mandarin Slices Salad, Garlic Fried Rice with Black Pepper Chicken/Beef dan Mandarin Orange Mousse.
PDB turut menggalakkan rakyat Malaysia menyokong produk tempatan melalui kempen Love Local Campaign yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman di Kedai Mesra.
Bermula 10 hingga 28 Feruari ini pula, setiap pembelian RM30 bahan api PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive, atau Primax 97 dengan Pro-Drive melayakkan pengguna menerima Ang Pau e-baucer bernilai RM1 yang boleh ditebus menerusi lovelocal.com.my.
Sebanyak 80,000 e-baucer untuk direbut dan boleh digunakan untuk membeli barangan di Kedai Mesra.
Selain itu, bagi memastikan keselamatan para pelanggan terutama ketika pandemik, PDB menggalakkan penggunaan aplikasi Setel dengan penawaran rujukan bernilai RM30 untuk setiap tiga rujukan.
Pengguna Setel turut berpeluang menjadi 88 pemenang bertuah memenangi baucer bernilai RM50 pada setiap minggu.
Untuk keterangan lanjut boleh melayari laman www.setel.my
- BACA: MAKANAN HAMPIR HABIS, 200 PEKERJA PELANTAR PETRONAS TERKANDAS DI PERAIRAN MYANMAR
- BACA: PERODUA DAN PETRONAS JENAMA PALING DIPERCAYAI PADA TAHUN 2020 – IPSOS
- BACA: PELUMBA TEMPATAN BAKAL SERTAI PETRONAS SPRINTA RACING MUSIM 2022
- BACA: BELI MINYAK ENJIN PETRONAS SPRINTA DAN SELFIE. BOLEH MENANG YAMAHA R25!