Buletin

BAHAN PENGUBAH BERMANGKIN SISTEM EKZOS UMPAMA ‘LOMBONG EMAS’ TERSEMBUNYI. NILAI 12 KALI GANDA EMAS!!!

Sejak akhir-akhir ini, terdapat banyak kes melibatkan kecurian ekszos di dalam negara yang terpampang di dada akhbar mahupun portal tempatan.

Ia bukanlah perkara asing apabila kes kecurian pengubah bermangkin (catalytic converter) yang terdapat pada sistem ekzos berlaku di peringkat global.

Bagaimanapun, penularan pandemik Covid-19 dan peningkatan harga terhadap logam berharga berkenaan memburukkan lagi keadaan kes kecurian terbabit.

New York Times melaporkan, pihak polis sedang menyiasat peningkatan kes di seluruh Amerika Syarikat (AS) melibatkan kes kecurian pengubah bermangkin itu.

Sebagai contoh, St. Loius melaporkan terdapat lapan kali ganda kes terbabit pada tahun 2020 berbanding 2019.

Lexington, South Carolina, Wichita, Kansas dan beberapa bandar lain mencatatkan ratusan kes.

Peningkatan tersebut disebabkan beberapa faktor tetapi salah satu sebab utama merupakan kenaikan harga bahan logam yang terdapat pada pengubah bermangkin.

Sejak model kenderaan tahun 1975, undang-undang di AS menetapkan peranti berkenaan perlu menggunakan bahan berharga seperti platinum, rhodium dan palladium dalam membantu mengurangkan pelepasan emisi pada kenderaan.

Bahan-bahan berkenaan mencatat peningkatan harga yang mendadak.

Harga palladium meningkat sebanyak lima kali ganda dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini kepada AS$2,500 (RM 10,110) untuk 1 ounce ataupun 28 gram.

Peningkatan harga dapat disaksikan pada rhodium juga dijual sekitar AS$21,900 (RM 88,563) untuk 1 ounce ataupun 28 gram iaitu kenaikan sebanyak 3,000 peratus berbanding lima tahun lalu.

Secara kasarnya, bawah kenderaan anda merupakan lombong emas yang tersembunyi.

Ia berikutan nilai bahan terkandung dalam pengubah bermangkin boleh mencecah kira-kira 12 kali ganda harga emas!!! – agensi

Google ads
Back to top button