
CANTIK TAK CAR WRAP TERBAHARU NI? SI DUNGU PARKIR KERETA MERATA
Seorang lelaki yang berang dengan individu tidak bertanggungjawab parkir kereta di hadapan laluan rumahnya dengan melekatkan nota Post-It.
Dave Holcroft memuat naik video tersebut di media sosial memaparkan dia bersama beberapa rakan melakukan perbuatan berkenaan untuk memberi pengajaran kepada pemilik kereta tersebut di Woolwich, tenggara London.
Menurut laporan akhbar The Sun UK, Holcroft menyatakan dia tahu siapa pemilik kenderaan itu dan percaya individu berkenaan akan menghargai gurauan mereka.

“Ada seseorang dungu meletakkan kereta di laluan ke rumah saya,” kata Holcroft.
Rakaman video yang dikongsi menerima banyak komen daripada netizen yang bersetuju dengan tindakan lelaki itu sebagai cara mengajar pemandu kereta berkenaan.
“Perbuatan ini (meletak kereta) sangat tidak bermoral walaupun tidak salah di sisi undang-undang,” tulis seorang pengguna media sosial.
“Pemandu itu harus belajar lebih banyak tentang adab dan sopan,” komen netizen lain. –agensi