Artikel PilihanBuletin

CIK TUPAI SOROKKAN 558 WALNUT DALAM RUANG ENJIN SUBARU FORESTER – BINATANG PUN KREATIF EH

Kalau anda semua pernah menonton filem Ice Age tentu ingat tentang watak seekor tupai yang suka mengumpul walnut untuk bekalan sepanjang musim sejuk. Itu bukan rekaan sebenarnya sebab binatang kecil ni memang suka menyimpan makanan seperti walnut dan kekacang lain untuk musim sejuk.

Seekor tupai di AS rupanya cukup sibuk bekerja sehingga mampu menyorokkan sebanyak 558 biji walnut hitam ke dalam ruang enjin sebuah Subaru Forester milik seorang wanita untuk bekalan musim sejuk. 558 kali ulang alik tu weh nak siapkan semua tu.

Sebenarnya saban tahun memang ramai pemilik kereta di AS yang mengeluh kerana kereta mereka menjadi tabung simpanan makanan musim sejuk bangsa tupai di sana. Pada tahun 2021, seorang lelaki bernama Bill Fischer mendapati Chevrolet Avalanche milik beliau dipenuhi dengan walnut yang boleh dimuatkan ke dalam 7 baldi bersaiz 6 gelen. Banyak tu.

Kali ini giliran Kathleen LaForce pula yang baru pulang dari percutian selama seminggu hanya untuk menemui sejumlah 558 biji walnut di dalam ruang enjin kereta beliau.

Nasib baik LaForce membuka penutup bonet dahulu sebelum menghidupkan enjin. Kalau tidak mahu rabak poket baiki enjin yang bakal bertukar menjadi mesin pengisar walnut.

LaForce berjaya menghalau keluar tupai tersebut dengan ‘baik’ dan sebahagian besar walnut tersebut ‘berjaya’ diselamatkan oleh cik tupai bertuah tu.

Malah LaForce menyatakan yang beliau turut merasa sedikit bersalah kerana merosakkan rancangan asal tupai tersebut yang telah banyak bersusah payah menyimpan bekalan musim sejuk.

Tapi tu lah, siapa suruh simpan di lokasi yang salah. Silap-silap dengan walnut dan dengan tupai sekali kena salai dalam ruang enjin boxer Subaru.

Google ads
Back to top button