" "
Buletin

BELI SUBARU FORESTER, TAK PERLU BAYAR SEHINGGA 15 BULAN!

TC Subaru Sdn. Bhd. yang merupakan pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia memperkenalkan promosi Pandu Sekarang, Bayar Kemudian dengan kerjasama Maybank.

Tawaran itu khas untuk pelanggan Maybank yang ingin membeli Subaru Forester bermula 15 Oktober hingga 31 Disember 2021.

Subaru Forester ditawarkan pada harga bermula RM163,788 dan hadir dalam enam varian:

  • Forester 2.0i-L GT Lite Edition
  • Forester 2.0i-S
  • Forester 2.0i-S GT Lite Edition
  • Forester 2.0i-S Eyesight
  • Forester 2.0i-S Eyesight GT Lite Edition
  • Forester 2.0i-S Eyesight GT Edition

Pelanggan yang layak tidak perlu membayar bayaran bulanan pinjaman mereka selama 15 bulan selepas menerima Forester masing-masing.   

Semua Forester yang dibeli menerusi kempen ini layak menerima jaminan komprehensif selama lima tahun dan perkhidmatan semburan 3D Subaru Eco Sterilising di dalam kabin bernilai RM1,200 yang mampu menghilangkan sehingga 99 peratus bakteria dan virus berbahaya.  

Pelanggan juga boleh menukar kenderaan lama melalui program Bantuan Trade-in Istimewa Subaru.

Promosi ini hanya untuk unit tahun terpilih sahaja, sementara stok masih ada. Kunjungi mana-mana bilik pameran Subaru untuk maklumat lanjut.

Google ads
Back to top button