Buletin

SUBARU FORESTER 2023 DIPERKENAL DI JEPUN, DARIPADA RM97 RIBU

Di sebalik meriahnya penawaran kenderaan utiliti sukan (SUV) di pasaran tempatan ada sebuah model unik dari Jepun iaitu Subaru Forester. 

Subaru kekal dengan enjin boxer sejak sekian lama dan pengguna boleh menikmatinya pada Forester.

Sistem pacuan semua roda Symmetrical AWD juga membentuk jenama Subaru dan dipakejkan dengan transmisi CVT pada SUV itu.

Selain rangkaian kuasa, reka bentuk Forester juga unik daripada SUV lain. Forester di pasaran sekarang dari generasi kelima dan diperkenalkan pada Jun 2018 di Jepun.

Beberapa tahun di pasaran, model rupa baharu (facelift) diperkenal pada September 2021 yang menaikkan lagi seri model ini.

Terbaru di Jepun Subaru memperkenalkan model 2023 dengan beberapa naik taraf kelengkapan.

Forester 2023 menerima tetapan bantuan brek baharu semasa mengundur. Masa amaran apabila sistem mengesan halangan sewaktu mengundur dipercepatkan supaya lebih selamat.

Pada bahagian luar, kesemua varian Forester dipasang antena sirip yu warna hitam dan spoiler bumbung seperti yang digunakan pada Forester STI Sport.

Forester X-Break dan Advance pula dilengkapi pintu kargo berkuasa sebagai ciri standard. X-Break turut dilengkapi kerusi depan dengan lapan larasan berkuasa.

Secara keseluruhannya terdapat enam varian Forester di Jepun iaitu Touring, X-Break, Advance, Sport, XT-Edition dan STI Sport. 

Tidak seperti pasaran tempatan dengan enjin tunggal 2.0 liter Boxer, Forester Jepun mempunyai dua pilihan enjin iaitu 2.0 liter e-BOXER dengan motor elektrik untuk Touring, X-Break dan Advance.

Enjin itu dipadan bersama transmisi CVT Lineartronic dan menghasilkan 145ps pada 6,000 rpm dan tork 188Nm pada 4,000 rpm. Motor elektrik menghasilkan 10kW (13.6ps) dan tork 65Nm.

Forester Sport, XT-Edition dan STI Sport digerakkan enjin 1.8 liter DIT (Pancitan Terus Turbo) juga dengan CVT Lineartronic.

Enjin itu lebih bertenaga dengan kuasa 177ps dari 5,200 hingga 5,600 rpm dan tork 300Nm dari 1,600 hingga 3,600 rpm.

Selain perkakasan kosmetik dalam dan luar, Forester STI Sport berbeza pada bahagian pengendalian dengan suspensi depan STI talaan Hitachi Astemo SFRD dan suspensi belakang talaan STI.

Berikut harga dan varian Subaru Forester 2023 pasaran Jepun:

  • Forester Touring – 3,069,000 yen (RM96,847)
  • Forester X-Break – 3,330,000 yen (RM105,083)
  • Forester Advance – 3,399,000 yen (RM107,264)
  • Forester Sport – 3,465,000 yen (RM109,354)
  • Forester XT-Edition – 3,465,000 yen (RM109,354)
  • Forester STI Sport – 3,740,000 yen (RM118,028)

BACA: SUBARU WRX RALLY, LEBIH 18 BULAN UNTUK SIAP, TRAVIS PASTRANA PANDU MUSIM 2024

BACA: SUBARU LEVORG SPECIAL EDITION “SMART EDITION” 1.8L TURBO, DARIPADA RM110 RIBU

BACA: SUBARU BRZ tS, TERIMA NAIK TARAF BREK DAN SISTEM SUSPENSI

BACA: SUBARU CROSSTREK WILDERNESS, MODEL TINGGI UNTUK HARUNG LALUAN LASAK

Google ads
Back to top button