
BELI SUBARU FORESTER, NIKMATI REBAT LEBIH RM36,999!
TC Subaru Sdn. Bhd. baru-baru ini mengumumkan pakej Tahun Baharu istimewa untuk model Subaru Forester dan XV. Pelanggan yang membeli Forester bakal menikmati rebat lebih RM36,999!
Forester yang ditawarkan pada harga bermula RM163,788 hadir dalam lima varian iaitu Forester 2.0i-L GT Lite Edition, Forester 2.0i-S, Forester 2.0i-S Eyesight dan Forester 2.0i-S Eyesight GT Edition.
SUV berkenaan hadir dengan lebih 100 ciri keselamatan termasuklah tujuh beg udara, kerangka lebih kukuh, X-Mode, kelegaan tanah sehingga 220mmm dan pedal keselamatan.
Pakej Tahun Baharu untuk Forester hanya boleh didapati ke atas model-model terpilih sahaja dengan pilihan warna biru, perak, hijau, kelabu gelap, hitam dan gangsa.
Peminat XV pula akan menikmati promosi hebat sehingga RM10,000. XV yang baru dilancarkan pada Disember 2021 ditawarkan pada harga bermula RM139,788. Ia hadir dalam dua varian iaitu XV 2.0i-P dengan EyeSight dan XV GT Edition bersama ciri EyeSight.
XV didatangkan dengan rim 17 inci, ciri SI-DRIVE, Dual-Funtion X-MODE, bampar hadapan, gril rekaan baharu, dan tempat duduk pemandu 8 talaan bersama fungsi memori. SUV tersebut ditawarkan dalam enam pilihan warna iaitu hitam, kelabu, perak, biru, putih dan kelabu metalik.
Forester dan XV hadir dengan jaminan komprehensif selama lima tahun dan servis percuma untuk tiga tahun.