Buletin

CITROEN BERLINGO BAHARU - VARIAN EV ELEKTRIK TURUT TERSEDIA

Pengeluar kenderaan dari Perancis sudah bersedia untuk memperkenalkan model  terkini ikonik mereka, Berlingo ke tahap baharu. Dengan penggayaan moden dan ekspresif yang datang dari bahagian hadapan serba baharu, Berlingo ini menawarkan pengalaman untuk dinikmati dari segi keseronokan pemanduan, keselesaan dan teknologi.

Lebih daripada sebelumnya, ia memenuhi jangkaan semua pelanggan dengan gaya hidup aktif, dengan keselesaan yang dioptimumkan lagi dengan kemampuan membawa sehingga tujuh penumpang.

Bahagian luarannya menampilkan identiti visual baharu daripada Citroen. Lebih menegak dengan ciri yang lebih besar, ia memberikan isyarat lebih  banyak kuasa dan juga kemodenan. Jeriji dan bampar membentuk satu blok, yang tengahnya terdapat logo bujur baharu Citroën.

Walaupun Citroen Berlingo ini adalah MPV, tetapi dalam masa yang sama ianya juga dikenali sebagai kenderaan ‘Active Lifestlye” yang membawa maksud kepada gaya hidup yang aktif dan juga sedikit lasak. Maka tidak keterlaluan sekiranya pemadanan skid plate pada bampar hadapan Citroen Berlingo ini berjaya membuatkan ianya kelihatan lebih rugged.

Rak bumbung juga tersedia untuk varian yang lebih tinggi dengan pilihan saiz rim tersedia: 16 inci atau pun 17 inci. Garisan bumbung pada bahagian belakang memberikan siluet yang dinamik pada Berlingo baharu ini.

Paling menarik, pada cermin belakang, ianya boleh dibuka secara berasingan untuk mengambil / menyimpan barangan bersaiz kecil tanpa perlu membuka keseluruhan hud belakang.

Bahagian kabin menampilkan ciri keselesaan yang luar biasa. Buat pertama kalinya Citroen menggunakan Advanced Comfort Seat. Eksklusif untuk Citroën, rekaan tempat duduk ini digabungkan dengan foam berkualiti tinggi  dan sokongan sisi menjamin tahap keselesaan yang optimum. Apatah lagi, fabrik istimewa dan kemasan tiga warna mereka sangat bergaya dan elegan.

Barisan tempat duduk kedua menampilkan tiga tempat duduk secara individu bag keselesaan penumpang dewasa secara optimum. Dan ketiganya boleh diilipat dan disimpan sekiranya mahu membawa lebih muatan.

Pilihan tempat duduk baris ketiga juga turut tersedia bagi membawa maksimum tujuh ahli keluarga pergi keluar bersiar – siar di petang hari. Dan tempat duduk ketiga ini juga boleh disimpan rata sama seperti baris kedua bagi membolehkan peti ais, peti sejuk, hatta mesin basuh sekali pun masih muat untuk dibawa, itu pun jika gamak.

 Di bahagian hadapan, papan pemuka serba baharu dibezakan pertama sekali dengan saiz yang besar serta reka bentuknya menyerlahkan teknologi yang dilambangkan dengan skrin sesentuh pada Tengah konsol bersaiz 10-inci dengan ketersambungan Apple Car Play dan juga Android Auto.

Trenkuasa Berlingo baharu ini menggunakan motor berkuasa 100 kW (136 kuasa kuda) digabungkan dengan bateri LFP 50 kWj baharu , dengan keupayaan jarak pemanduan sehingga sehingga 320 km. Cukup memadai untuk pemanduan seharian ke pejabat di dalam bandar.

Selain daripada varian 100% tenaga elektrik ini yang dikhususkan untuk pasaran Eropah, juga terdapat pilihan trenkuasa seperti enjin diesel BlueHDi 90, 100 serta dua enjin petrol PureTech turut akan ditawarkan untuk pasaran luar Eropah.

BACA : CASELANI – ALKISAH PEMBUAT KUSTOM VAN KLASIK CITROEN TYPE H

BACA : CITROEN e-C3 BAHARU – KINI HADIR DENGAN KUASA ELEKTRIK

Google ads

B K

Back to top button